PROMOSI MERDEKA 60 TAHUN

"PROMOSI MERDEKA 60 TAHUN - KAMBING PERAP HANYA RM40/KG"

πŸ‘ KAMBING PERAP πŸ‘

πŸ‘ Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda New Zealand - NZ) πŸ‘

✅ 100% Keluaran Muslim
✅ Perapan sempurna
✅ Halal & Bersih
✅ Mudah disediakan
✅ Rasa Enak & Menyelerakan
✅ Lembut & Berjuicy
✅ Sedap Dipanggang

"Marvelous! Smell & Feel"

πŸŽ€ 1kg +/- : RM55
πŸŽ€ 5kg +/- : RM200 (Harga Promo RM40/kg)

*Anggaran 1kg: 8 -12 slice bergantung kepada saiz. Anggaran saiz kepingan 11cm x 9cm.
**Belian borong 30kg dan ke atas ada harga special! Promosi dilanjutkan sehingga 30 September 2017. Harga promosi hanya sah untuk belian 5kg dan ke atas sahaja. Selagi stok masih ada.

πŸ” AYAM PERAP BBQ πŸ”

πŸ”Whole Chicken: RM28/ekor
πŸ”Chicken Wings Drummet 1kg +/-: RM28

*Tidak termasuk kaki, kepala dan hati. Ayam dipotong 8 bahagian. 
〰〰〰〰〰〰〰〰〰

SOS/SAUCE

♨ Blackpaper 1L : RM10
♨ Blackpaper 500ml : RM6
♨ BarbeQue 1L : RM12
♨ BarbeQue 500ml : RM7

πŸ‘‰ Pembelian 10kg dan ke atas bolehlah membuat tempahan 1-2 hari sebelum majlis/event anda bermula.

πŸ‘‰ Deposit 50% atau bayaran penuh sekiranya nilai tempahan RM100 dan ke atas. Resit rasmi akan diberikan dalam format pdf selepas Tokwan terima bayaran.

WAKTU OPERASI 

πŸ“† 9.00 pagi - 6.30 ptg
πŸ“† Isnin - Sabtu
πŸ“† Ahad Cuti

🚚  Self Pickup/Ambil Sendiri

Sek. Keb. Jalan Kebun, Lorong Haji Taib, Kg. Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor. (Map Location akan diberi melalui aplikasi whatsapp anda)

Mai Tempah La Ni!!!

πŸ“²+6019 309 9026 


Lawati laman blog Tokwan

http://pembekalkambingperap.blogspot.my

Dibuat & Diedarkan Oleh:
Tokmaes Food Marketing (SA0417163-U)

Bulan Kemerdekaan 2017 Kali Ke-60

Assalamualaikum & Salam Kemerdekaan!

          Alhamdulillah, syukur kita kepada yang Maha Esa atas pelbagai kurniaan nikmatNya kepada kita semua. Kita wajib bersyukur diatas segala pemberian olehNya agar kita menjadi insan yang tawaddu' dan tidak kufur. Bulan Ogos adalah bulan Kemerdekaan bagi seluruh warganegara Malaysia yang telah mengecapi nikmat tersebut sehingga ke hari ini. Nikmat ini juga adalah kurniaan daripada Allah swt yang telah diperjuangkan oleh orang-orang terdahulu. Alhamdulillah.
          Tahun 2017 adalah genap kita menyambut hari Kemerdekaan kali yang ke-60. Sudah 60 tahun kita kecapi nikmat ini walaupun minda kita masih lagi dijajah oleh anasir-anasir luar. Kita sebagai rakyat Malasyia perlulah merubah cara fikir agar selari dengan kehendak syariat Islam. Agama itu adalah kehidupan dan Islam itu adalah kesempurnaan. Maka sesuailah dengan firman Allah swt dalam surah Ali-Imran ayat 9 yang berbunyi "Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.”

          Sedarlah bahawa siapa pun kita, kita tetap wajib bersyukur kepadaNya. Sungguh banyak nikmat yang kita telah nikmati asbab daripada perjuangan orang-orang terdahulu. Mereka telah berkorban harta dan nyawa demi mendapatkan Kemerdekaan untuk keselesaan generasi kita dan akan datang. Alhamdulillah. Marilah kita bermuhasabah kembali supaya kita tidak tergolong dalam golongan kufur nikmat. Tokwan menulis ini bukan untuk jual agama demi menarik pembeli tetapi lebih kepada mengingatkan sesama kita. Insya-Allah.

Ikhlas,

Tokwan

Isu Kambing Import Bercampur Babi

Assalamualaikum & Salam Cinta!

          Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana masih memberi pelbagai nikmat untuk kita semua kecapi. Syawal sudah pun berlalu, kini kita menunggu pula hari raya Eidul Adha atau umat Melayu panggil hari raya korban@haji. Bermula minggu lepas, ramai jemaah haji sudah pun terbang ke Madinah bagi menjalankan haji Tamattuk. Alhamdulillah, tahun ini ayahanda dan bonda Tokwan juga dijemput menjadi tetamu Allah swt tetapi penerbangan mereka terus ke Jeddah dan akan menjalankan haji Ifrad. Insya-Allah! Mudah-mudahan semua jemaah haji tahun ini beroleh haji yang mabrurah. Aameen Ya Rabb.

          Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu kambing import bercampur babi. Alhamdulillah, Tokwan juga terkena tempias ini kerana ada beberapa pelanggan yang mesej bertanya akan hal ini. Sebagai langkah menjaga kesucian umat Islam, maka Tokwan memilih untuk mengambil kambing bebiri tempatan yang diternak oleh usahawan tani Malaysia. Walaupun harga mahal sedikit tetapi ia lebih terjamin. Tokwan juga seperti kalian kerana amat sensitif berkenaan isu halal dan haram dalam bab makanan. Justeru, Tokwan mengambil langkah berhati-hati dalam hal ini.

          Tokwan menyeru diluar sana agar terus menyokong dan membeli barangan keluaran usahawan umat Islam. Mudah-mudahan dengan sokongan kalian ekonomi umat Islan terus terjana. Soal halal dan haram dalam isu makanan mesti diambil peduli bermula daripada pendapatan/gaji kita untuk membeli makanan tersebut. Insya-Allah dengan asbab makanan yang halal dan bersih kita telah berusaha menyelamatkan generasi yang akan datang. Makanan yang kita makan akan membentuk peribadi seseorang.

Ikhlas,
Tokwan ☺


Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1438H

Salam Mahabbah!

          Alhamdulillah! Mari kita merafak sembah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana kita masih direzekikan bertemu Ramadhan pada tahun ni. Insya-Allah pada 25/06/2017 bersamaan hari Ahad minggu ini, umat Islam khususnya di tanah air tercintaku akan merayakan hari raya fitrah. Mudah-mudahan berkat Ramadhan yang kian hampir melabuhkan tirainya pada tahun ini akan memberi manfaat besar buat kita semua. Aameen Ya Rabb!

          Lebih kurang 4 hari lagi daripada posting yang Tokwan tulis ni, kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berhempas-pulas melawan hawa nafsu. Pada hakikatnya, orang Islam yang Mukmin akan gembira pada hari raya ini tetapi jauh disudut hati mereka pasti merasa sedih kerana berlalunya bulan Ramadhan yang entah jumpa lagi atau pun tidak pada tahun-tahun yang mendatang. Apa jua sekalipun, usahlah bercinta dengan Ramadhan sebaliknya bercintalah dengan sang pencipta Ramadhan. Insya-Allah jiwa akan tenang dan damai.

          Tokwan nak habaq ni, Tokwan akan mula bercuti pada hari Jumaat iaitu pada tarikh 23/06/2017 sehingga 04/07/2017 dan akan mula beroperasi kembali pada 06/07/2017. Alhamdulillah, dekat-dekat penghujung Ramadhan ni, Tokwan menerima banyak tempahan kambing perap dan ayam perap untuk majlis hari raya nanti. Sehubungan itu, Tokwan lebih mengutamakan mereka yang membuat tempahan dan membayar deposit terlebih dahulu. Ada yang sanggup datang daripada Raub, Temerloh, Melaka dan lain-lain tempat semata-mata nak self pickup kambing perap Tokwan. Allahu Rabbi!

          Tokwan juga terharu dengan semua pelanggan-pelanggan Tokwan. Alhamdulillah, majoriti pelanggan Tokwan semua baik-baik belaka. Mereka tanpa prejudis, berani membuat bayaran deposit secara bank in/online transfer kepada akaun bank rasmi Tokwan walaupun bayaran tersebut mencecah ribuan ringgit. Subhanallah! Begitulah kepercayaan antara Tokwan dan pelanggan. Tokwan rasa senang hati tanpa meragui kerana Tokwan yakin semuanya adalah aturan Allah swt. Hidup ini ada karmanya. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Simple!


          Kepada bakal pelanggan yang ingin membuat tempahan bagi sebarang majlis rumah terbuka untuk Syawal nanti. Sila whatsapp Tokwan di http://www.wasap.my/60193099026 . Sempena Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, Tokwan dengan rendah hati memohon berbanyak kemaafan sepanjang kita berurusan jual beli. Jika ada terlebih atau terkurang harap di maafkan dan dihalalkan. Insya-Allah. 


SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Ikhlas,
Tokwan Kambing

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1438H

Assalamualaikum & Salam Mahabbah!

            Alhamdulillah, Insyaa-Allah, 2 hari lagi kita akan memasuki madrasah Ramadhan. Bulan yang penuh dengan ganjaran dan keberkahan bagi mereka yang menyedarinya tetapi bagi ahli hakikat mereka tidak akan bercinta dengan Ramadhan sebaliknya mereka kekal dengan Sang Khaliq yang maha menguasai bulan Ramadhan tersebut. Sebagai orang awam yang berpegang teguh kepada prinsip syariat teruskan berbuat amal kebaikan demi meraih redhaNya. Insyaa-Allah.

            Malam ni Tokwan ada semangat sikit nak menulis. Hehehe. Sebahagian daripada kita tentu gembira kan apabila tibanya Ramadhan. Mana taknya, banyak ganjaran yang Allah swt sediakan kepada mereka yang berusaha menggapai redhaNya dan beramal dengan seikhlas yang boleh. Tokwan juga macam hangpa juga, kegembiraan tetap menerpa jauh disanubari. Teringat zaman kanak-kanak dulu, rasa lamanya tunggu waktu berbuka puasa. Hehe.. Yela mana taknya dulu zaman Tokwan mana ada gajet, handphone lah apa semua mak nenek tu. Sebab tu rasa lama giler tunggu waktu nak berbuka puasa.

           Oklah, Tokwan nak ambil kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang berurusan, Tokwan ada terkurang atau terlebih. Mohon dimaafkan. Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Ramadhan Kareem!

Ikhlas,
Tokwan Kambing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...