Beza Lamb vs Mutton

LAMB vs MUTTON

Assalamualaikum..

Tokwan nak beritahu tentang perbezaan LAMB dan MUTTON. Cuba baca maklumat dibawah ini.
Terdapat dua jenis daging kambing yang popular dan selalu digunakan iaitu LAMB dan MUTTON. Dua jenis daging kambing ini sangat berbeza dari segi rasa, tekstur dan sudah semestinya harga.

LAMB ialah daging kambing biri-biri yang berumur kurang dari satu tahun atau belum berumur 12 bulan. Mungkin kambing biri-biri yang berumur 6 bulan, 8 bulan atau 10 bulan yang telah mencapai berat dan sasaran yang dikehendaki dan ia sesuai untuk disembelih. Ia bertujuan untuk menyediakan daging bagi catering, BBQ dan sebagainya.

MUTTON pula ialah kambing kampung/kacang/biri-biri yang lebih tua. Biasanya ia berumur lebih dari satu tahun. Perbezaan daging LAMB dan MUTTON sangat ketara. Daging LAMB lebih lembut dan 'juicy'. Ia sangat sesuai bagi tujuan menyediakan daging untuk BBQ atau kambing golek kerana rasanya sedap, lembut dan 'juicy'.


Manakala daging MUTTON pula lebih sesuai untuk masakan yang lebih heavy seperti gulai, kari, sup, stew, masak biryani,atau masakan bersama nasi arab. Ini kerana daging MUTTON lebih pejal dan keras. Perbezaan dari segi harga juga sangat ketara. Harga daging LAMB jauh lebih mahal berbanding dengan daging MUTTON.

Apa pun berbezaan antara LAMB dan MUTTON, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ia mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan tujuan penggunaannya. Yang penting kita pandai memilih daging LAMB atau daging MUTTON untuk tujuan yang berbeza.

Berdasarkan fakta-fakta di atas. maka kita tidak perlu pening lagi untuk memilih daging LAMB atau daging MUTTON.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...