Cuti Sekolah Dah Nak Habis!!

Assalamualaikum & Salam Mahabbah!

Alhamdulillah, bersua lagi kita malam ni. Opss bukan berswafoto ya. Hehehe. Semoga teman-teman trafik Tokwan sihat sokmo. Pejam celik pejam celik dah 20.12.2016. Sekejap je masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Lebih kurang 3 minggu lagi persekolahan akan kembali bermula dan kita akan memasuki tahun baru 2017. Banyak khabar angin menyatakan ekonomi lebih tenat pada tahun hadapan. Apa-apa pun kita mesti berhemah dalam perbelanjaan. Beli yang mana patut saja tau. Beli kambing perap atau ayam perap Tokwan takpa la. Hehehe..

Sebenarnya malam ni Tokwan gembira sebab mesej di Whatsapp masuk bertalu-talu mahu order kambing perap dan ayam perap. Fuh, tergeliat jari Tokwan nak reply mesej bakal pelanggan. Gara-gara cuti Krismas dan standby malam tahun baru le tu. Alhamdulillah, rezeki untuk semua. Tokwan masih buka order sehingga 30.12.16 tapi  31.12.16 Tokwan dah cuti balik kampung nak rai birthday anak Tokwan pada malam tahun baru tu. Hehe..

Oklah, kepada ibubapa pastikan kita bersedia untuk beli segala mak nenek peralatan sekolah anak-anak. Utamakan keperluan mereka, Berikan perhatian penuh pada anak-anak kita. Usah abaikan mereka kerana mereka adalah amanah daripada Allah swt kepada kita. Didiklah mereka dengan tauhid yang benar dan akhlak yang baik. Barulah kita dapat melahirkan generasi yang beriman serta mampu memartabatkan Islam diseluruh pelusuk dunia. Insya-Allah.


Jom order Kambing Perap & Ayam Perap Tokmae's Grill

Selamat Bercuti!

Ikhlas,

Tokwan 😊

Cuti Sekolah & 12 Rabiulawal 1438H

Assalamualaikum & Salam Mahabbah!

Syukur! Alhamdulillah. Apa khabar adik-adik yang sedang riang ria bercuti sekolah? Tokwan doakan adik-adik yang sedang bercuti sihat selalu. Usah buang masa dengan aktiviti tidak berfaedah sebaliknya isikan masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat. Sekejap je hari ni dah masuk 7.12.16. Tolak campur darab bahagi dah nak masuk tahun baru dan bermula sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2017. Adik-adik dah beli ke baju sekolah, kasut sekolah dan kelengkapan lain? Berbelanjalah berpada-pada ya.


Tahu tak? Lebih kurang 5 hari lagi kita akan menyambut hari maulid yakni ulang tahun hari kelahiran Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad (Ucap Selawat). Lebih 1400 baginda Nabi (Ucap Selawat) meninggalkan kita. Banyak riwayat menceritakan tentang perjuangan baginda dalam memartabatkan Islam. Mudah-mudahan kita mengambil iktibar dan menjadikan baginda sebagai role model dalam menghiasi akhlak kita. Insya-Allah.


Oklah, Tokwan nak cerita pasal kambing dan ayam sikit..Hehe. Sebut je cuti sekolah mesti banyak kenduri kahwin. Rata-rata masyarakat kita akan mengambil peluang cuti sekolah untuk mengadakan majlis walimah. Yela mana taknya senang cucu, tokwan, tokcai, pak menakan, mak sedara pakat balik habih. Jadi riuh dan meriah la kenduri tu nanti. Seronoknyaaaa.. "Tokwan bak mai Kambing perap 120kg dan ayam 50 ekor nak buat golek."

Haaa tudia kenduri punya pasai, dia mau 120kg kambing dan 50 ekoq ayam. Bagi Tokwan angka ni dah cukup besaq. Punya la kelam kabut Tokwan dok perap ayam dengan kambing sehari semalam. Fuh! Ini macam boleh kena gout. Apa-apa pun syukur. Rezeki tu. Lagi pun bulan Rabiulawal ni Tokwan sangat gembira sebab Tokwan bakal dikurniakan "orang baru" iaitu dari zuriat keturunan Tokwan jugak. Rezeki tuuu.. Alhamdulillah.

Oppsss... "10kg kambing perap berapa orang boleh makan Tokwan?" Soalan ni selalu juga ditanya. Tokwan selalu tanya balik "Ada hantu kambing dak?" Kalau ada hantu kambing 10kg hanya untuk 3-5 orang je sekali hadap. Kalau normal mungkin 7-8 orang boleh hadap 10kg kambing perap. Biasalah benda sedap mestilah bedal kaw-kaw punyaaa. Haha! Makan la selagi boleh makan, sakit tanggung sendiri. Sebolehnya makan biarlah berpada-pada ya. Usah gelojoh sangat.

Ikhlas,

Tokwan   

Harga Runcit Kambing Perap Dan Ayam Perap Terkini

Assalamualaikum & Salam Cinta!


HARGA RUNCIT (Kemaskini 04.01.2019)

🐑 LAMB MARINADE

🐑 Marinated Lamb Shoulder (Bebiri Muda New Zealand, NZ) Pek ±1kg:RM55

✅ Halal & Bersih
✅ Mudah disediakan
✅ Enak & Menyelerakan
✅ Lembut & Berjuicy
✅ Sedap Dipanggang
✅ Diperap secara vakum

*Anggaran 1kg = 8-12 keping mengikut jenis saiz. Anggaran saiz setiap kepingan adalah 11cm x 9cm. 
------------------------------------

🐓AYAM PERAP BOMBAY/Marinated Chicken BOMBAY


🐔 Marinated Chicken (Whole)               : RM30/ekor
🐔 Marinated Chicken (Wings Drummet) : RM28/±1kg
🐔 Marinated Chicken Whole Leg 4pcs     : RM25/pack


🐓AYAM KAMPUNG BOKASHI PERAP 

🐔 Bokashi Chicken Marinade (Whole) -N.A-

*Ayam dipotong 12 bahagian tidak termasuk kepala, kaki & hati. Marinated Chicken Wings Drummet kembali dijual atas permintaan ramai.

--------------------------------
SOS

Pek 1000ml @ 1Liter

♨ Lada Hitam: RM10
♨ Barbeku    : RM15

Pek 500ml

♨ Lada Hitam: RM6
♨ Barbeku    : RM8


->Whatsapp Segera & Dapatkan Promosi Terkini!<-

Emel : tokmaesgrill@gmail.com

Jom Follow Tokwan

FB : https://www.facebook.com/tokmaesgril 
IG : https://www.instagram.com/tokmaesgrill 
Blog: http://pembekalkambingperap.blogspot.my



PERINGATAN: Pihak Tokwan telah menerima beberapa aduan daripada orang ramai berkaitan ada segelintir individu mengambil kesempatan telah menggunakan nama Tokwan dan jenama produk Tokwan untuk melariskan produk kambing perap mereka. Tokwan tidak bertanggungjawab jika berlaku keracunan makanan dan sebagainya. Setakat ini Tokwan belum melantik mana-mana stokis/agen diseluruh Malaysia. Tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Insyaa-Allah.


Cara Pembayaran Yang Selamat

Assalamualaikum & Salam Sayyidul Ayyam!

Alhamdulillah, kita bertemu lagi pada Jumaat kali ini iaitu bertarikh 11.11.2016. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati. Topik hari ini Tokwan ingin mengulas tentang cara pembayaran yang lebih selamat melalui transaksi atas talian(Online). Topik ini hanya sesuai untuk pelanggan/bakal pelanggan Tokwan sahaja. Tokwan tidak bertanggungjawab jika kalian menggunapakai kaedah pembayaran ini ditempat lain.

Tokwan sudah kenalpasti bahawa ada segelintir orang kita khususnya kaum Bumiputera yang masih kurang celik tentang pembayaran secara dalam talian. Tokwan akui memang banyak kes penipuan melalui transaksi dalam talian ini (Online). Lebih-lebih lagi jika penjual menggunakan akaun bank peribadi/simpanan dalam urusan perniagaan. Menggunakan akaun peribadi adalah tidak sesuai bagi transaksi harian malah boleh mengundang bahaya jika transaksi harian terlalu banyak. Silap haribulan akaun pun boleh dibekukan oleh pihak bank.


Ok baiklah, sebenarnya Tokwan nak bagitahu Tokwan sendiri mempunyai akaun semasa (Current Account) yang sah di Maybank dan CIMB. Kedua-dua akaun ini juga Tokwan darftarkan atas nama entiti perniagaan(sole proprietor) dan telah diaktifkan untuk perbankan dalam talian iaitu Maybank2u dan CIMB Clicks. Ia bagi memudahkan Tokwan dan Team menyemak segala transaksi setiap masa walaupun melalui telefon bimbit/tablet. Untuk pengetahuan semua, laman blog ini juga mempunyai logo Maybank2u Pay seperti logo yang tertera di sebelah kanan blog ini. ------->>>>>>>>>


Perhatian! Sekarang pelanggan Tokwan tidak perlu lagi bersusah payah mahu beratur di mesih cash deposit atau terhegeh-hegeh mahu buka link Maybank atau terkial-kial jari menekan butang mahu buka aplikasi apps. Ya sangat mudah! Jom klik sini dan lihat kaedah No.6 untuk manual pembayaran menggunakan Maybank2u Pay. Pembayaran anda pasti selamat kerana pihak bank akan terus rekod secara automatik.


Selamat Mencuba!

Pesanan Ikhlas,
Tokwan

p/s: Tokwan sedang bangunkan web e-commerce + payment gateways bagi memudahkan pelanggan buat bayaran. Kaedah ini lebih selamat dan efektif cuma ada caj per transaksi. Caj ini akan dimasukkan pada harga baru produk Tokwan nanti. Tungguuuuuuu... Hehehe.

Musim Cuti Sekolah Akan Kembali Lagi

Assalamualaikum & Salam Cinta!

Alhamdulillah, jam menunjukkan pukul 3.02 minit pagi. Keheningan pagi macam ni membuatkan Tokwan segar bugar. Yelah sedar tak sedar dah nak hampir hujung tahun 2016. Bila tiba je bulan November dan Disember pasti akan membuatkan budak-budak sekolah melompat sakan. Tidak kurang juga para cikgu dan ibubapa yang mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Tokwan dapat merasai kegembiraan mereka.

Bila terkenang kembali zaman kanak-kanak dan remaja memang menyoronokkan. Ada pelbagai aktiviti menarik seperti pergi bercuti bersama keluarga, berkelah di tepi pantai, bersunat dan sebagainya. Bersunat? Hahaha.. Kes bersunat ni mengingatkan sahabat Tokwan waktu sekolah rendah dulu. Hahaha. Puas cikgu kejar dia sebab dia lari takut tengok muka tok mudim. Kelakar betul!!

Sebenarnya Tokwan nak habaq, Tokwan akan buat promosi musim cuti sekolah. Tungguuuuuu.... Nantikan update tokwan untuk posting akan datang. Hangpa suka Tokwan senang hati. :)

Ikhlas,
Tokwan
06.11.2016

Kes Penipuan 1

Assalamualaikum & Salam Sayyidul Ayyam.

Alhamdulillah bertemu lagi kita di penghulu segala hari yakni hari Jumaat yang penuh barokah ini. Hari ini bertarikh 04.11.2016 dan kita menghampiri garisan penamat bagi tahun 2016 bersamaan 1437H. Apa jua cabaran dan rintangan kita mesti teguh menghadapnya. Tiada manusia di dunia ini yang terlepas daripada ujian dan cabaran.

Pagi ini Tokwan nak sebut tentang kes penipuan wang palsu. Sepanjang Tokwan berniaga sudah beberapa kali terkena wang palsu. Namun begitu Tokwan tidak berputus asa atas penipuan yang dilakukan pelanggan terhadap pihak Tokwan. Penipuan ini selalunya terjadi pada wang kertas RM50 dan RM100. Pihak Tokwan ditipu oleh mereka yang membuat tempahan dan membeli secara COD (Cash On Delivery). 

Apabila Tokwan sudah serahkan produk dan mereka membayar secara tunai namun wang yang Tokwan terima adalah wang PALSU setelah di imbas dengan mesin pengimbas wang. Justeru itu, pihak Tokwan mengambil langkah keselamatan bagi mengatasi masalah ini iaitu pelanggan perlu membuat bayaran secara dalam talian/ATM melalui akuan bank rasmi perniagaan Tokwan. 

Pihak Tokwan telah menetapkan untuk mereka yang membuat tempahan dan bayaran melebihi RM100 dikehendaki membayar secara dalam talian atau mesin ATM. Insya-Allah pihak Tokwan memandang serius hal ini dan kini sedang berusaha untuk membangunkan laman web e-commerce + payment gateways (Contoh website Lazada, Zalora dsbnya) bagi melindungi penjual dan pembeli. 

Untung yang sedikit tapi penuh barokah adalah lebih mulia daripada banyak tetapi tiada keberkatan. Pihak Tokwan mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekhilafan dan kesilapan dalam urusan jual beli. Mudah-mudahan perniagaan Tokwan dapat diwarisi kepada generasi seterusnya. Mencari yang halal itu adalah Kefardhuan. 
Ok apa-apa pun Tokwan dengan rendah hati ingin menasihati diri ini dan pelanggan diluar sana agar kita lebih jujur dan telus dalam apa jua urusan. Mudah-mudahan beroleh keberkatan. Tokwan sayanggggg semua. :)

Ikhlas,
Tokwan 

Happy Deepavali 2016

Assalamualaikum & Salam Cinta!

Alhamdulillah, sempena hari Jumaat (28.10.16) yang penuh barokah ini marilah kita bersama berselawat ke atas Muhammad Habibullah. Semoga dengan keberkatan selawat tersebut kita diberi syafaat di akhirat kelak. Insya-Allah.

Esok adalah hari perayaan Deepavali bagi kaum Hindu. Sempena sambutan perayaan tersebut Tokwan mahu buat promosi produk Tokwan.

Kambing Perap (Lamb Marinade) : RM35/kg (Harga Biasa RM40/kg)

Kambing Perap (Mutton Marinade) : RM40/kg (Harga Biasa RM45/kg)

Ayam Perap (Whole) : RM22

Sos Lada Hitam 1kg : RM7
Sos Lada Hitam 500g : RM4

Sos Barbeque 1kg : RM9
Sos Barbeque 500g : RM5


Buat Tempahan Sekarang!
Whatsapp: +6019 309 9026


NOTA: Pihak Tokwan menghentikan sementara waktu untuk jualan ayam perap seperti bahagian-bahagian tertentu (Peha, kepak, dada, dsbnya). Kini Tokwan hanya menjual ayam perap secara seekor-seekor. :) . Promosi Deepavali akan tamat pada 5.11.2016.

Bulan Muharram Bulan Hijrah

Assalamualaikum & Salam Mahabbah.

Alhamdulillah kita masih berada dalam bulan Muharram iaitu bulan pertama dalam kalender hijriah. Bulan ini juga dikaitkan dengan bulan penghijarahan. Tokwan berharap kita sama-sama berhijrah menjadi mukmin yang sejati yakni orang-orang yang beriman. Siapa itu orang yang beriman? Mohonlah doa kepada Allah swt supaya dipertemukan guru yang mursyid untuk bimbing kita. Insya-Allah.

Oklah.. Hangpa semua apa habaq? Malam ni Tokwan free sebab tu sempat nak kemaskini laman blog ni. Yela seminggu 2 ni ramai pulak tanya tokwan, "Tokwan masih meniaga ke kambing dengan ayam perap?". Tokwan jawab "Ya tokwan masih dok meniaga macam biasa". Alhamdulillah pertanyaan ini membuat tokwan gembira kerana pencinta kambing perap dan ayam perap tokwan masih mendapat tempat walaupun banyak pesaing di luar sana. Hehehe..

Bulan ni Tokwan takdak buat sebarang promosi kerana sibuk dengan kemaskini pembungkusan dan penjenamaan produk, Tokwan dan team sangat komited mahu hasilkan produk yang menepati sebarang piawaian yang berkaitan. Tokwan mohon maaf sebab jarang mengiklankan produk di facebook atau medium online lain kecuali dilaman mudah.my dan laman blog ini sahaja.


Apa jua pun mudah-mudahan perniagaan kami mendapat keberkatan oleh Allah swt. Naik berdikit-dikit lama-lama jadi Everest juga. Segalanya dengan izin Allah swt jua. Setiap usaha dan semangat Tokwan dan team juga adalah daripada gerakNya. Tiada satu zarah yang bergerak melainkan adalah gerakNya jua. Senyumlah :) :) :)

Ikhlas,
Tokwan



Promosi Sempena Hari Malaysia 16 September 2016 - Kambing Marinade

Assalamualaikum & Salam Mahabbah!

Sempena menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2016 ini, pihak tokwan berbesar hati ingin membuat promosi sebagai menghargai pelanggan-pelanggan setia. Promosi ini bermula pada 30/08/16 -  16/09/16

Harga Promosi Kambing Perap (Lamb Marinade)

1kg = RM40
3kg = RM100
10kg = RM300 (PERCUMA 500g sos lada hitam SUPERB)


*Boleh buat tempahan jika melebihi 10kg dan ke atas. Stok terhad setiap hari. Hari Ahad cuti. Penghantaran percuma sekitar Bandar Shah Alam. 

Call/Whatsapp
Tokwan
+6019 309 9026



Selamat Hari Raya Eidul Adha 2016

Assalamualaikum. Eid Mubarak.

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari tasyrik yang ke-3. Masih ada sebahagian sahabat-sahabat kita melangsungkan majlis sembelihan binatang korban. Semoga ibadah korban/haji kita diterima oleh Allah swt. Kepada yang sembelih lembu dan tukang tengok, hati-hati ya... nanti tak pasal-pasal kena tendang dek lembu. Hehehehe!

Tokwan nak ambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada pembaca blog dan pelanggan kerana masih setia dengan produk Tokmae's Grill. Mudah-mudahan dengan sokongan kalian, pihak tokwan dapat memajukan perniagaan ini ke tahap yang lebih tinggi. Insya-Allah. Sebenarnya tokwan sudah kembali beroperasi pada hari raya yang ke-2 (Tasyrik).


So peminat kambing perap dan ayam perap tokwan majoritinya kembali membuat belian ulangan. Tokwan akui, tokwan dah tak sempat nak update testimoni yang baru. Yela staff masih tak ramai. Apa-apa pun tokwan mahu ucap berbanyak terima kasih kepada yang membeli produk kambing perap dan ayam perap tokwan.

Jom beraya lagi.. Makan daging lembu la seminggu dua ni ye. Hehehe!

Ikhlas,
Tokwan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 31 Ogos 2016

Assalamualaikum & Salam Ceria.

Alhamdulillah, Tokwan menyempatkan diri untuk kemaskini laman blog ini. Apa khabar semua? Mesti tengah rindu kambing perap Tokmae's kan..Hehe? Yela tup..tup.. tinggal kurang daripada 8 hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59. Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmatNya kita masih boleh ke sana ke mari dan bekerja dengan baik di dalam Malaysia yang tercinta ini.

Sempena kemerdekaan ini Tokwan dan tim sedang bertungkus-lumus untuk berpindah ke kilang baru yang bakal beroperasi di Kompleks SME Sungai Ramal Dalam, Kajang, Malaysia. Alhamdulillah. Kilang ini juga telah menepati piawaian GMP, HALAL & HACCP sekaligus menjadikan produk Tokmae's Grill lebih bagus dan bersih. Tokwan sangat komited untuk mengeluarkan produk yang terbaik dan setanding diperingkat global. Semoga dengan kerjasama rakan-rakan niaga boleh membantu meningkatkan jualan produk Tokmae's Grill. Insya-Allah.

Sehubungan itu, pihak Tokwan juga bercadang untuk menambah produk-produk baharu yang bakal dipasarkan kelak. Produk-produk baharu ini akan diumum dari masa ke semasa. Selain itu, sukacita Tokwan mahu maklumkan bahawa Tokwan akan menyediakan platform belian dan bayaran secara dalam talian. Kaedah ini lebih selamat kerana pihak Tokwan akan mendapatkan Payment Gateways yang lebih stabil bagi melindungi pembeli (Protection Buyer) seperti laman sesawang Zalora, Alibaba, Lazada dan sewaktu dengannya.

Ikhlas,
Tokwan


Mood Raya Eid ul Fitri Masih Dirasai..

Assalamualaikum & Salam Lebaran

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt kerana kita dapat meraikan hari lebaran tahun ini dengan sempurna. Kita simpati dengan nasib saudara seagama dan seakidah dengan kita yang berdepan dengan pelbagai ancaman diluar sana. Mudah-mudahan Allah swt memberi kemenangan mutlak kepada umat Islam yang benar imannya serta bertaqwa.

Tokwan juga gembira melihat menyambut hari raya tahun ini kerana dapat berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara. Bukan mudah untuk berkumpul bersama pada hari-hari biasa kecuali hari perayaan sahaja itu pun bergantung kepada keadaan semasa. Apa jua kita wajib bersyukur dengan setiap pemberiaan daripada Allah swt.

Hari raya masih lagi berlangsung dan banyak jamuan rumah terbuka diadakan seluruh Malaysia bagi meraikan sahabat handai rakan dan taulan. Kita bermaaf-maafan serta melupai sengketa lama agar hati nurani terpelihara daripada sebarang bentuk zulmat yang akan bersarang di qalbu. Bergembirah di hari raya ini dengan batas-batas syariat agar mendapat keberkatanNya.

Tokwan juga ingin mengucapkan syabas kepada mereka yang masih "berpuasa enam". Mudah-mudahan diterima amalan kita semua. Tokwan mohon ampun dan maaf daripada keseluruhan zahir dan batin. 

Selamat Hari Raya Eid ul Fitr

Ikhlas,

Tokwan
9 Syawal 1437H
Abu Dhabi

Ramadhan Kali Ini 1436H/2016

Alhamdulillah.

Inshaa Allah, hari ini adalah hari terkahir bulan Sya'aban bagi tahun 1437H. Malam ini kita akan menunaikan ibadah sunat iaitu solat sunat teraweh dan termasuk lain-lain ibadah. Tokwan mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Tokwan juga ingin maklumkan bahawa Tokwan dan team akan berniaga seperti hari-hari biasa cuma waktu operasi sahaja ada perubahan iaitu:

Isnin - Jumaat : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Sabtu               : 8.30 Pagi - 3.30 Petang
Ahad               : Tutup

Selain itu, operasi Tokwan pada bulan Ramadhan adalah bermula 1 Ramadhan - 25 Ramadhan (06/06/2016 - 30/06/2016) sahaja. Tokwan dan Team bermula cuti pada 01/07/2016 sehingga Hari Raya Eid ul fitri yang ke-7. Segala kesulitan harap dimaafkan.

"Mudah-mudahan kita mendapat manfaat pada malam al-qadar"

Ikhlas,
Tokwan

Pra Pelancaran Stokis Tokmae's Grill Mei 2016

Alhamdulillah...

Pra pelancaran stokis Tokmae's Grill baru dilancarkan pada hari Isnin yang bertarikh 23/05/2016 di Raub, Pahang. Syukur Alhamdulillah, Tokwan menerima banyak panggilan telefon dan mesej whatsapp bertanyakan bagaimana untuk mendaftar stokis Tokmae's Grill. Bagi peringkat pertama Tokwan hanya perlukan 10 stokis bertuah yang terawal dahulu. Lantikan stokis bagi tempoh pra pelancaran ini hanya untuk sekitar KL / Selangor / Putrajaya / Cyberjaya dan Nilai sahaja. Tujuan lantikan stokis ini bagi memudahkan mereka mengedar dan menjual serta memberi peluang kepada pihak stokis untuk mengrekrut agen baru tanpa melalui pihak HQ.

Pada peringkat permulaan, Tokwan dan team sudah merangka gerak kerja bagi membantu rakan stokis yang berdaftar nanti supaya mereka boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan. Pelan ini hanya akan berjaya jika kita mula bertindak mengikut segala perancanganNya. Apa jua pelan yang kita buat pastikan kita memohon kepada Allah swt untuk mendapat pimpinanNya secara terus. Usah teruja dengan angka dan ayat manis jika kita hanya sekadar berangan-berangan tanpa disusuli dengan sebarang tindakan.

Inshaa Allah, pada bulan Ogos 2016 nanti Tokwan akan membuka sepenuhnya tawaran kepada mereka yang komited dan berkeupayaan untuk menjadi stokis. Misi Tokwan ingin mencari stokis sebanyak 222 stokis mengikut jumlah Parlimen bagi setiap negeri-negeri di Malaysia. Tokwan juga berbesar hati ingin menjemput mereka yang kekurangan modal untuk menjadi agen sah. Sasaran Tokwan untuk rekrut agen berdaftar adalah sebanyak 1000 agen sahaja. Banyak kelebihan apabila anda mendaftar sebagai stokis. Inshaa Allah.

Semoga misi ini dapat dicapai sebelum menjelang tahun 2020. Tokwan dan team sedang berusaha untuk membangunkan tempat proses/kilang bagi memastikan produk Tokwan diterima oleh penduduk tempatan dan luar negara kelak. Untuk makluman umum, Tokwan juga adalah sebahagian daripada Agropreneur Muda MARDI. Alhamdulillah, semoga dengan asbab sokongan daripada pihak Mardi Tokwan dapat memasarkan produk Tokmae's Grill dengan lebih baik pada masa kini dan akan datang. Inshaa Allah. 

Ikhlas,
Tokwan

Ramadhan 1437H bersamaan 2016 Bakal Menjelma Lagi

Salam Mahabbah

Lebih kurang 3 minggu daripada sekarang, Insya-Allah umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1437H/2016. Bulan ini juga dikatakan penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Tokwan juga seperti kalian berasa gembira serta bercampur baur dengan kesedihan. Apa jua sekalipun kita usah bercinta dengan Ramadhan kerana ia tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada insan tetapi bercintalah dengan sang pemilik bulan Ramadhan tersebut.

Tokwan nak maklumkan kepada kalian bahawa perniagaan Tokwan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan bagi tahun 2016. Tokwan juga bersedia menerima tempahan banyak atau pun sedikit. Untuk pengetahuan kalian, pihak Tokwan sedang merancang untuk bangunkan kilang proses kambing perap, ayam perap dan satay. Pihak Tokwan begitu komited untuk memajukan perniagaan ini memandangkan ia boleh dimajukan sehingga keperingkat global.

Insya-Allah, pihak Tokwan akan maklumkan apa-apa yang berkenaan dengan produk dan operasi perniagaan Tokwan. Dengan rasa rendah hati, Tokwan memohon sekiranya kalian berkelapangan mendoakan team tokwan supaya diberi kekuatan dan ketenangan dalam perniagaan ini. Semoga dengan doa kalian antara asbab doa termakbul. Ameen Ya Rabb. :)

Ikhlas,
Tokwan

Pengumuman Cuti Buruh 1 Mei 2016

Assalamualaikum & Salam Hormat

Pihak Tokwan ingin memaklumkan kepada pelanggan dan bakal pelanggan bahawa kami akan mula bercuti pada 29/04/2016 sehingga 02/05/2016. Cuti ini adalah sempena sambutan Hari Buruh yang jatuh pada hari Ahad iaitu 01 Mei 2016.

Bahagian yang terlibat dalam cuti yang dinyatakan adalah Bahagian Produksi dan Bahagian Penghantaran. Bahagian Pemasaran akan menjalankan tugas seperti hari-hari biasa.

Sekian, harap maklum.

Ikhlas,

Tokwan

Kemaskini Laman Blog

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini Tokwan dapat mengemaskini laman blog ini supaya tampak lebih kemas dan sistematik. Tokwan juga membuat kemaskini bagi harga ayam marinade yang baru.

Sebagai menghargai pelanggan-pelanggan setia dan bakal pelanggan, Tokwan berbesar hati untuk memberikan potongan harga yang terbaik. Insya-Allah.

Terima kasih di atas sokongan anda kepada produk Tokwan. Semoga sokongan anda terhadap Tokwan dapat memberi impak kepada hasil penjualan produk dan terus memperbaiki citarasa sedia ada.



Sekian, terima kasih. :)


Ikhlas,
Tokwan

                                         Jom la Order....

  Kambing Perap                    --->>                 Ayam Perap



   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...