Pra Pelancaran Stokis Tokmae's Grill Mei 2016

Alhamdulillah...

Pra pelancaran stokis Tokmae's Grill baru dilancarkan pada hari Isnin yang bertarikh 23/05/2016 di Raub, Pahang. Syukur Alhamdulillah, Tokwan menerima banyak panggilan telefon dan mesej whatsapp bertanyakan bagaimana untuk mendaftar stokis Tokmae's Grill. Bagi peringkat pertama Tokwan hanya perlukan 10 stokis bertuah yang terawal dahulu. Lantikan stokis bagi tempoh pra pelancaran ini hanya untuk sekitar KL / Selangor / Putrajaya / Cyberjaya dan Nilai sahaja. Tujuan lantikan stokis ini bagi memudahkan mereka mengedar dan menjual serta memberi peluang kepada pihak stokis untuk mengrekrut agen baru tanpa melalui pihak HQ.

Pada peringkat permulaan, Tokwan dan team sudah merangka gerak kerja bagi membantu rakan stokis yang berdaftar nanti supaya mereka boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan. Pelan ini hanya akan berjaya jika kita mula bertindak mengikut segala perancanganNya. Apa jua pelan yang kita buat pastikan kita memohon kepada Allah swt untuk mendapat pimpinanNya secara terus. Usah teruja dengan angka dan ayat manis jika kita hanya sekadar berangan-berangan tanpa disusuli dengan sebarang tindakan.

Inshaa Allah, pada bulan Ogos 2016 nanti Tokwan akan membuka sepenuhnya tawaran kepada mereka yang komited dan berkeupayaan untuk menjadi stokis. Misi Tokwan ingin mencari stokis sebanyak 222 stokis mengikut jumlah Parlimen bagi setiap negeri-negeri di Malaysia. Tokwan juga berbesar hati ingin menjemput mereka yang kekurangan modal untuk menjadi agen sah. Sasaran Tokwan untuk rekrut agen berdaftar adalah sebanyak 1000 agen sahaja. Banyak kelebihan apabila anda mendaftar sebagai stokis. Inshaa Allah.

Semoga misi ini dapat dicapai sebelum menjelang tahun 2020. Tokwan dan team sedang berusaha untuk membangunkan tempat proses/kilang bagi memastikan produk Tokwan diterima oleh penduduk tempatan dan luar negara kelak. Untuk makluman umum, Tokwan juga adalah sebahagian daripada Agropreneur Muda MARDI. Alhamdulillah, semoga dengan asbab sokongan daripada pihak Mardi Tokwan dapat memasarkan produk Tokmae's Grill dengan lebih baik pada masa kini dan akan datang. Inshaa Allah. 

Ikhlas,
Tokwan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...