Kes Penipuan 1

Assalamualaikum & Salam Sayyidul Ayyam.

Alhamdulillah bertemu lagi kita di penghulu segala hari yakni hari Jumaat yang penuh barokah ini. Hari ini bertarikh 04.11.2016 dan kita menghampiri garisan penamat bagi tahun 2016 bersamaan 1437H. Apa jua cabaran dan rintangan kita mesti teguh menghadapnya. Tiada manusia di dunia ini yang terlepas daripada ujian dan cabaran.

Pagi ini Tokwan nak sebut tentang kes penipuan wang palsu. Sepanjang Tokwan berniaga sudah beberapa kali terkena wang palsu. Namun begitu Tokwan tidak berputus asa atas penipuan yang dilakukan pelanggan terhadap pihak Tokwan. Penipuan ini selalunya terjadi pada wang kertas RM50 dan RM100. Pihak Tokwan ditipu oleh mereka yang membuat tempahan dan membeli secara COD (Cash On Delivery). 

Apabila Tokwan sudah serahkan produk dan mereka membayar secara tunai namun wang yang Tokwan terima adalah wang PALSU setelah di imbas dengan mesin pengimbas wang. Justeru itu, pihak Tokwan mengambil langkah keselamatan bagi mengatasi masalah ini iaitu pelanggan perlu membuat bayaran secara dalam talian/ATM melalui akuan bank rasmi perniagaan Tokwan. 

Pihak Tokwan telah menetapkan untuk mereka yang membuat tempahan dan bayaran melebihi RM100 dikehendaki membayar secara dalam talian atau mesin ATM. Insya-Allah pihak Tokwan memandang serius hal ini dan kini sedang berusaha untuk membangunkan laman web e-commerce + payment gateways (Contoh website Lazada, Zalora dsbnya) bagi melindungi penjual dan pembeli. 

Untung yang sedikit tapi penuh barokah adalah lebih mulia daripada banyak tetapi tiada keberkatan. Pihak Tokwan mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekhilafan dan kesilapan dalam urusan jual beli. Mudah-mudahan perniagaan Tokwan dapat diwarisi kepada generasi seterusnya. Mencari yang halal itu adalah Kefardhuan. 
Ok apa-apa pun Tokwan dengan rendah hati ingin menasihati diri ini dan pelanggan diluar sana agar kita lebih jujur dan telus dalam apa jua urusan. Mudah-mudahan beroleh keberkatan. Tokwan sayanggggg semua. :)

Ikhlas,
Tokwan 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...