PROMOSI MUSIM CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI !!!

Assalamualaikum & Salam Cinta!

Musim cuti sekolah akan bermula pada 25.11.2017. Lagi beberapa hari sahaja lagi. Yehuuuuuu. Luangkan masa berharga kita bersama keluarga tercinta. Ayuh semarakkan kasih sayang sesama ahli keluarga, anak & isteri-isteri. Hehe!

Sempena musim cuti sekolah tahun ini, Tokwan mahu membuat promosi dengan menawarkan pakej terbaik untuk sesisi keluarga. Promosi ini sebagai menghargai para pelanggan Tokwan yang telah memberi sokongan dengan cara membuat pembelian secara ulangan produk-produk Tokmae's.

PrOmOsI 10kg Marinated Lamb: RM550 
TEMPAH SEKARANG
HARGA ISTIMEWA RM480 SAHAJA!
 
===================================

PAKEJ KAMBING PERAP BBQ 10KG (Perapan Istimewa)

10kg hanya RM0 (Jimat sehingga RM70)

[+] PERCUMA 1liter sos lada hitam
[+] PERCUMA 1pack kepak ayam perap

===================================

PAKEJ KAMBING PERAP BBQ 5KG (Perapan Istimewa)

5kg hanya RM250 (Jimat sehingga RM25)

[+] PERCUMA 1liter sos lada hitam

===================================


Marinated Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda New Zealand, NZ) 

Pek ±1kg: RM55 (Harga Asal) Nak beli sekilo? Klik sini https://goo.gl/ARppdD

[+] Bahagian bahu kambing 
[+] Daging Gred Premium (Kurang lemak, banyak isi) 
[+] Lebih lembut & juicy 
[+] Sedap dipanggang 
[+] Sejukbeku -18° 

[+] Vakum pack 
[+] Diperap secara vaacum

*Kambing diperap menggunakan bahagian bahu (Lamb Shoulder NZ). 
**Anggaran 1kg = 7-12 keping mengikut saiz. Promosi bermula dari 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017

***Harga promosi tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.


=================================

AYAM PERAP BBQ/Marinated Chicken BBQ 

πŸ” Marinated Chicken (Whole) : RM30/ekor 
πŸ” Marinated Chicken Wings Drummet Pek ±1kg : RM28 (12-14 ketul/kg) 

πŸ” Marinated Chicken Whole Leg 4pcs : RM28

*Ayam dipotong 8 bahagian tidak termasuk kepala, kaki & hati. Berat seekor ayam antara 1.6kg-1.8kg. 
**Marinated Chicken Wings/Drummet kembali dijual atas permintaan ramai. 


==================

[SOS/SAUCE] 

Lada Hitam: 
500ml - RM6 
1Liter - RM10 

Barbeku: 
500g - RM7 
1Liter - RM12 

==================

[+] 100% Keluaran Muslim 
[+] Perapan sempurna 
[+] Halal & Bersih 
[+] Mudah dan Menyelerakan 
[+] Rasa yang Enak dan Lazat 
[+] Panggang atau Bakar 

''Marvelous! Smell & Feel'' 

[ LINK TESTIMONI -> https://goo.gl/LGLNr7 ] 

''Tokwan! Harga special takdak ka kalau order banyak?'' 
 

Jom berkomunkasi bersama Tokwan

http://www.mesejtokmaesfood.my <---Klik link ini


*Promosi bermula dari 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017
**Harga promosi tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

Produk Bebola Daging & Lasagna Tokmae's

[PRODUK BARU DILANCARKAN 25.10.2017]

🍱 Beef Meatball (Free Gravy Sauce) ±1kg: RM30

πŸ‘‰ Ready To Eat
πŸ‘‰ 99% Beef Meat
πŸ‘‰ Freeze -18°
πŸ‘‰ No Gluten & No MSG
πŸ‘‰ No Preservatives
πŸ‘‰ 3 Minutes Heat Only

*Rasailah bebola daging kami yang berjuicy dan lembut. Dipanggang sempurna dan dipek secara vakum.




🍱 Lasagna (Chicken, Beef, Mushroom) ±160g: RM6
🍱 Lasagna (Chicken, Beef, Mushroom) ±310g: RM10

πŸ‘‰ Ready To Eat
πŸ‘‰ No MSG
πŸ‘‰ No Preservatives
πŸ‘‰ Freeze -18°
πŸ‘‰ 3 minutes Heat only





Promosi Sempena Perayaan Deepavali 2017

Tokmae's Grill membuat, memasar dan menjual kambing perap & ayam perap (marinated). Adunan asli yang diperap menggunakan rempah ratus dan herba terpilih. Kambing dan ayam diperap menggunakan teknik dan kaedah yang lebih sempurna. Diperkaya dengan madu asli dan gula perang. Sangat sesuai dipanggang atau bakar dalam PanGrill/Microwave/Oven/Arang Kayu. 



Marinated Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda New Zealand, NZ) Pek ±1kg: RM55 (Harga Asal) 

[+] Bahagian bahu kambing 
[+] Daging Gred Premium (Kurang lemak, banyak isi) 
[+] Lebih lembut & juicy 
[+] Sedap dipanggang 
[+] Sejukbeku -18° 

*Kambing diperap menggunakan bahagian bahu (Lamb Shoulder NZ). 
**Anggaran 1kg = 8-12 keping mengikut saiz. Harga PROMOSI DEEPAVALI 2017 hanya RM50/kg. Promosi bermula 17 hingga 29 Oktober 2017. Selagi stok masih ada. 



PROMO 10kg Marinated Lamb: RM500 
(PERCUMA 1kg Chicken Wings Drummet + 1L Sos Lada Hitam



AYAM PERAP BBQ/Marinated Chicken BBQ 

πŸ” Marinated Chicken Marinade (Whole) : RM30/ekor 
πŸ” Marinated Chicken Wings Drummet Pek ±1kg : RM28 (12-14 ketul/kg) 

*Ayam dipotong 8 bahagian tidak termasuk kepala, kaki & hati. Berat seekor ayam antara 1.7kg-2.0kg. 
**Marinated Chicken Wings/Drummet kembali dijual atas permintaan ramai. 

[SOS/SAUCE] 

Lada Hitam: 
500ml - RM6 
1Liter - RM10 

Barbeku: 
500g - RM7 
1Liter - RM12 

================================== 

[+] 100% Keluaran Muslim 
[+] Perapan sempurna 
[+] Halal & Bersih 
[+] Mudah dan Menyelerakan 
[+] Rasa yang Enak dan Lazat 
[+] Panggang atau Bakar 

''Marvelous! Smell & Feel'' 

[ LINK TESTIMONI -> https://goo.gl/LGLNr7 ] 

''Tokwan! Harga special takdak ka kalau order banyak?'' 

Lekaih Mai Whatsapp Tokwan 

http://www.wasap.my/60193099026 

PROMOSI MERDEKA 60 TAHUN

"PROMOSI MERDEKA 60 TAHUN - KAMBING PERAP HANYA RM40/KG"

πŸ‘ KAMBING PERAP πŸ‘

πŸ‘ Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda New Zealand - NZ) πŸ‘

✅ 100% Keluaran Muslim
✅ Perapan sempurna
✅ Halal & Bersih
✅ Mudah disediakan
✅ Rasa Enak & Menyelerakan
✅ Lembut & Berjuicy
✅ Sedap Dipanggang

"Marvelous! Smell & Feel"

πŸŽ€ 1kg +/- : RM55
πŸŽ€ 5kg +/- : RM200 (Harga Promo RM40/kg)

*Anggaran 1kg: 8 -12 slice bergantung kepada saiz. Anggaran saiz kepingan 11cm x 9cm.
**Belian borong 30kg dan ke atas ada harga special! Promosi dilanjutkan sehingga 30 September 2017. Harga promosi hanya sah untuk belian 5kg dan ke atas sahaja. Selagi stok masih ada.

πŸ” AYAM PERAP BBQ πŸ”

πŸ”Whole Chicken: RM28/ekor
πŸ”Chicken Wings Drummet 1kg +/-: RM28

*Tidak termasuk kaki, kepala dan hati. Ayam dipotong 8 bahagian. 
〰〰〰〰〰〰〰〰〰

SOS/SAUCE

♨ Blackpaper 1L : RM10
♨ Blackpaper 500ml : RM6
♨ BarbeQue 1L : RM12
♨ BarbeQue 500ml : RM7

πŸ‘‰ Pembelian 10kg dan ke atas bolehlah membuat tempahan 1-2 hari sebelum majlis/event anda bermula.

πŸ‘‰ Deposit 50% atau bayaran penuh sekiranya nilai tempahan RM100 dan ke atas. Resit rasmi akan diberikan dalam format pdf selepas Tokwan terima bayaran.

WAKTU OPERASI 

πŸ“† 9.00 pagi - 6.30 ptg
πŸ“† Isnin - Sabtu
πŸ“† Ahad Cuti

🚚  Self Pickup/Ambil Sendiri

Sek. Keb. Jalan Kebun, Lorong Haji Taib, Kg. Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor. (Map Location akan diberi melalui aplikasi whatsapp anda)

Mai Tempah La Ni!!!

πŸ“²+6019 309 9026 


Lawati laman blog Tokwan

http://pembekalkambingperap.blogspot.my

Dibuat & Diedarkan Oleh:
Tokmaes Food Marketing (SA0417163-U)

Bulan Kemerdekaan 2017 Kali Ke-60

Assalamualaikum & Salam Kemerdekaan!

          Alhamdulillah, syukur kita kepada yang Maha Esa atas pelbagai kurniaan nikmatNya kepada kita semua. Kita wajib bersyukur diatas segala pemberian olehNya agar kita menjadi insan yang tawaddu' dan tidak kufur. Bulan Ogos adalah bulan Kemerdekaan bagi seluruh warganegara Malaysia yang telah mengecapi nikmat tersebut sehingga ke hari ini. Nikmat ini juga adalah kurniaan daripada Allah swt yang telah diperjuangkan oleh orang-orang terdahulu. Alhamdulillah.
          Tahun 2017 adalah genap kita menyambut hari Kemerdekaan kali yang ke-60. Sudah 60 tahun kita kecapi nikmat ini walaupun minda kita masih lagi dijajah oleh anasir-anasir luar. Kita sebagai rakyat Malasyia perlulah merubah cara fikir agar selari dengan kehendak syariat Islam. Agama itu adalah kehidupan dan Islam itu adalah kesempurnaan. Maka sesuailah dengan firman Allah swt dalam surah Ali-Imran ayat 9 yang berbunyi "Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.”

          Sedarlah bahawa siapa pun kita, kita tetap wajib bersyukur kepadaNya. Sungguh banyak nikmat yang kita telah nikmati asbab daripada perjuangan orang-orang terdahulu. Mereka telah berkorban harta dan nyawa demi mendapatkan Kemerdekaan untuk keselesaan generasi kita dan akan datang. Alhamdulillah. Marilah kita bermuhasabah kembali supaya kita tidak tergolong dalam golongan kufur nikmat. Tokwan menulis ini bukan untuk jual agama demi menarik pembeli tetapi lebih kepada mengingatkan sesama kita. Insya-Allah.

Ikhlas,

Tokwan

Isu Kambing Import Bercampur Babi

Assalamualaikum & Salam Cinta!

          Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana masih memberi pelbagai nikmat untuk kita semua kecapi. Syawal sudah pun berlalu, kini kita menunggu pula hari raya Eidul Adha atau umat Melayu panggil hari raya korban@haji. Bermula minggu lepas, ramai jemaah haji sudah pun terbang ke Madinah bagi menjalankan haji Tamattuk. Alhamdulillah, tahun ini ayahanda dan bonda Tokwan juga dijemput menjadi tetamu Allah swt tetapi penerbangan mereka terus ke Jeddah dan akan menjalankan haji Ifrad. Insya-Allah! Mudah-mudahan semua jemaah haji tahun ini beroleh haji yang mabrurah. Aameen Ya Rabb.

          Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu kambing import bercampur babi. Alhamdulillah, Tokwan juga terkena tempias ini kerana ada beberapa pelanggan yang mesej bertanya akan hal ini. Sebagai langkah menjaga kesucian umat Islam, maka Tokwan memilih untuk mengambil kambing bebiri tempatan yang diternak oleh usahawan tani Malaysia. Walaupun harga mahal sedikit tetapi ia lebih terjamin. Tokwan juga seperti kalian kerana amat sensitif berkenaan isu halal dan haram dalam bab makanan. Justeru, Tokwan mengambil langkah berhati-hati dalam hal ini.

          Tokwan menyeru diluar sana agar terus menyokong dan membeli barangan keluaran usahawan umat Islam. Mudah-mudahan dengan sokongan kalian ekonomi umat Islan terus terjana. Soal halal dan haram dalam isu makanan mesti diambil peduli bermula daripada pendapatan/gaji kita untuk membeli makanan tersebut. Insya-Allah dengan asbab makanan yang halal dan bersih kita telah berusaha menyelamatkan generasi yang akan datang. Makanan yang kita makan akan membentuk peribadi seseorang.

Ikhlas,
Tokwan ☺


Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1438H

Salam Mahabbah!

          Alhamdulillah! Mari kita merafak sembah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana kita masih direzekikan bertemu Ramadhan pada tahun ni. Insya-Allah pada 25/06/2017 bersamaan hari Ahad minggu ini, umat Islam khususnya di tanah air tercintaku akan merayakan hari raya fitrah. Mudah-mudahan berkat Ramadhan yang kian hampir melabuhkan tirainya pada tahun ini akan memberi manfaat besar buat kita semua. Aameen Ya Rabb!

          Lebih kurang 4 hari lagi daripada posting yang Tokwan tulis ni, kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berhempas-pulas melawan hawa nafsu. Pada hakikatnya, orang Islam yang Mukmin akan gembira pada hari raya ini tetapi jauh disudut hati mereka pasti merasa sedih kerana berlalunya bulan Ramadhan yang entah jumpa lagi atau pun tidak pada tahun-tahun yang mendatang. Apa jua sekalipun, usahlah bercinta dengan Ramadhan sebaliknya bercintalah dengan sang pencipta Ramadhan. Insya-Allah jiwa akan tenang dan damai.

          Tokwan nak habaq ni, Tokwan akan mula bercuti pada hari Jumaat iaitu pada tarikh 23/06/2017 sehingga 04/07/2017 dan akan mula beroperasi kembali pada 06/07/2017. Alhamdulillah, dekat-dekat penghujung Ramadhan ni, Tokwan menerima banyak tempahan kambing perap dan ayam perap untuk majlis hari raya nanti. Sehubungan itu, Tokwan lebih mengutamakan mereka yang membuat tempahan dan membayar deposit terlebih dahulu. Ada yang sanggup datang daripada Raub, Temerloh, Melaka dan lain-lain tempat semata-mata nak self pickup kambing perap Tokwan. Allahu Rabbi!

          Tokwan juga terharu dengan semua pelanggan-pelanggan Tokwan. Alhamdulillah, majoriti pelanggan Tokwan semua baik-baik belaka. Mereka tanpa prejudis, berani membuat bayaran deposit secara bank in/online transfer kepada akaun bank rasmi Tokwan walaupun bayaran tersebut mencecah ribuan ringgit. Subhanallah! Begitulah kepercayaan antara Tokwan dan pelanggan. Tokwan rasa senang hati tanpa meragui kerana Tokwan yakin semuanya adalah aturan Allah swt. Hidup ini ada karmanya. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Simple!


          Kepada bakal pelanggan yang ingin membuat tempahan bagi sebarang majlis rumah terbuka untuk Syawal nanti. Sila whatsapp Tokwan di http://www.wasap.my/60193099026 . Sempena Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, Tokwan dengan rendah hati memohon berbanyak kemaafan sepanjang kita berurusan jual beli. Jika ada terlebih atau terkurang harap di maafkan dan dihalalkan. Insya-Allah. 


SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Ikhlas,
Tokwan Kambing

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1438H

Assalamualaikum & Salam Mahabbah!

            Alhamdulillah, Insyaa-Allah, 2 hari lagi kita akan memasuki madrasah Ramadhan. Bulan yang penuh dengan ganjaran dan keberkahan bagi mereka yang menyedarinya tetapi bagi ahli hakikat mereka tidak akan bercinta dengan Ramadhan sebaliknya mereka kekal dengan Sang Khaliq yang maha menguasai bulan Ramadhan tersebut. Sebagai orang awam yang berpegang teguh kepada prinsip syariat teruskan berbuat amal kebaikan demi meraih redhaNya. Insyaa-Allah.

            Malam ni Tokwan ada semangat sikit nak menulis. Hehehe. Sebahagian daripada kita tentu gembira kan apabila tibanya Ramadhan. Mana taknya, banyak ganjaran yang Allah swt sediakan kepada mereka yang berusaha menggapai redhaNya dan beramal dengan seikhlas yang boleh. Tokwan juga macam hangpa juga, kegembiraan tetap menerpa jauh disanubari. Teringat zaman kanak-kanak dulu, rasa lamanya tunggu waktu berbuka puasa. Hehe.. Yela mana taknya dulu zaman Tokwan mana ada gajet, handphone lah apa semua mak nenek tu. Sebab tu rasa lama giler tunggu waktu nak berbuka puasa.

           Oklah, Tokwan nak ambil kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang berurusan, Tokwan ada terkurang atau terlebih. Mohon dimaafkan. Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Ramadhan Kareem!

Ikhlas,
Tokwan Kambing

Salam Nisfu Syaaban 1438H

Assalamualaikum & Salam Mahabbah!

PENGUMUMAN HARGA RUNCIT BAHARU!

Harga baharu yang disenaraikan akan dikuatkuasakan pada 19.05.2017 (Sabtu). Kenaikkan harga ini adalah disebabkan faktor kenaikan harga bahan mentah dan Tokwan mahu kekalkan bahan perapan yang premium. Sila rujuk harga terkini dibawah:-

πŸ‘ KAMBING PERAP/LAMB MARINADE

πŸ‘ Marinated Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda) Pek ±600g:RM35
πŸ‘ Marinated Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda) Pek ±1kg:RM55

    πŸ‘‰ Bahagian bahu kambing
    πŸ‘‰ Daging Gred Premium (Kurang lemak, banyak isi)   
    πŸ‘‰ Lebih lembut & juicy
    πŸ‘‰ Sedap dipanggang
    πŸ‘‰ Sejukbeku -18°

πŸ‘ Marinated Mutton Shoulder Slice (Bebiri Tua) Pek ±600g:RM35
πŸ‘ Marinated Mutton Shoulder Slice (Bebiri Tua) Pek ±1kg :RM55

   πŸ‘‰ Bahagian bahu kambing   
   πŸ‘‰ Keras sedikit dagingnya
   πŸ‘‰ Sedap disalai & dipanggang
   πŸ‘‰ Sejukbeku -18°

*Anggaran 1kg = 8-12 keping mengikut jenis saiz. Anggaran saiz setiap kepingan adalah 11cm x 9cm. 

------------------------------------

πŸ“AYAM PERAP BBQ/Marinated Chicken BBQ


πŸ” Marinated Chicken Marinade (Whole): RM28/ekor
πŸ” Marinated Chicken Wings Pek ±1kg : RM28
πŸ” Marinated Chicken Drummet Pek ±1kg : RM28

 πŸ“AYAM KAMPUNG BOKASHI PERAP 

πŸ” Bokashi Chicken Marinade (Whole) -N.A-

*Ayam dipotong 12 bahagian tidak termasuk kepala, kaki & hati. Marinated Chicken Wings/Drummet kembali dijual atas permintaan ramai.

--------------------------------

SOS

Pek 1000ml

♨ Blackpaper: RM10
♨ BarbeQue: RM12

Pek 500ml

♨ Blackpaper: RM6
♨ BarbeQue:RM7

    PERINGATAN: Pihak Tokwan telah menerima beberapa aduan daripada orang ramai berkaitan ada segelintir individu mengambil kesempatan telah menggunakan nama Tokwan dan jenama produk Tokwan untuk melariskan produk kambing perap mereka. Tokwan tidak bertanggungjawab jika berlaku keracunan makanan dan sebagainya. Setakat ini Tokwan belum melantik mana-mana stokis/agen diseluruh Malaysia. Tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Insyaa-Allah.


    ->Jom Interaksi Bersama Tokwan<-

    http://www.wasap.my/60193099026 
    http://www.wasap.my/60193099026 
    http://www.wasap.my/60193099026 

    Emel : tokmaesgrill@gmail.com


    Jom Follow Tokwan


    FB : https://www.facebook.com/tokmaesgril 
    IG : https://www.instagram.com/tokmaesgrill 
    Blog: http://pembekalkambingperap.blogspot.my

    Tokwan Tanya Apa Khabar?

    Assalamualaikum & Salam Cinta!

    Alhamdulillah, masih ada kesempatan Tokwan nak tulis posting kali ni. Apa habaq semua? Posa nak dekat dah. Dah buat persiapan ka untuk sambut Ramadhan? Seronok tak bila tiba Ramadhan. Insyaa-Allah, mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini kita boleh memperbaiki diri dengan sebaiknya. Semua anak cucu cicit Adam tetap melakukan kesilapan dalam kehidupan di dunia ni cuma apakah kita telah bertaubat?


    Posting kali ni Tokwan tulis pendek ja. Hehe.. Sila rujuk harga terkini.

    πŸ‘ KAMBING PERAP/LAMB MARINADE

    πŸ‘ Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda) ±600g:RM35
    πŸ‘ Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda) ±1kg:RM55

        πŸ‘‰ Bahagian bahu kambing
        πŸ‘‰ Daging Gred Premium (Kurang lemak, banyak isi)   
        πŸ‘‰ Lebih lembut & juicy
        πŸ‘‰ Sedap dipanggang
        πŸ‘‰ Sejukbeku -18°

    πŸ‘ Mutton Shoulder Slice (Bebiri Tua)  ±600g:RM35
    πŸ‘ Mutton Shoulder Slice (Bebiri Tua) ±1kg :RM55

       πŸ‘‰ Bahagian bahu kambing   
       πŸ‘‰ Keras sedikit dagingnya
       πŸ‘‰ Sedap disalai & dipanggang
       πŸ‘‰ Sejukbeku -18°

    *Anggaran 1kg = 8-12 keping mengikut jenis saiz. Anggaran saiz setiap kepingan adalah 11cm x 9cm. 
    ------------------------------------

    πŸ“AYAM PERAP BBQ

    πŸ” Chicken Marinade (Whole) RM26

    πŸ“AYAM KAMPUNG BOKASHI PERAP 

    πŸ” Bokashi Chicken Marinade (Whole) -N.A-

    *Ayam dipotong 12 atau 18 bahagian tidak termasuk kepala, kaki & hati.

    --------------------------------
    SOS

    Pek 1000ml

    ♨ Blackpaper: RM10
    ♨ BarbeQue: RM12

    Pek 500ml

    ♨ Blackpaper: RM6
    ♨ BarbeQue:RM7


    Nak Harga Borong Tak?    

    ->Jom Interaksi Bersama Tokwan<-

    Emel : tokmaesgrill@gmail.com

    Jom Follow Tokwan

    FB : https://www.facebook.com/tokmaesgril 
    IG : https://www.instagram.com/tokmaesgrill 
    Blog: http://pembekalkambingperap.blogspot.my

    PERINGATAN: Pihak Tokwan telah menerima beberapa aduan daripada orang ramai berkaitan ada segelintir individu mengambil kesempatan telah menggunakan nama Tokwan dan jenama produk Tokwan untuk melariskan produk kambing perap mereka. Tokwan tidak bertanggungjawab jika berlaku keracunan makanan dan sebagainya. Setakat ini Tokwan belum melantik mana-mana stokis/agen diseluruh Malaysia. Tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Insyaa-Allah.

    Selamat Datang Bulan Rejab 1438H

    Assalamualaikum & Salam Mahabbah.

    Pa habaq semua? Alhamdulillah mudah-mudahan semua sihat belaka. Tokwan agak sibuk sikit seminggu dua ni. Ni Tokwan nak tanya, sapa kata bisnes itu mudah? Sebenarnya bukan semudah dicakap ya. Umpama wajah itik di tengah tasik, muka nampak cool ja tapi kaki itik dok kuat mengayuh di bawah nun. Pernah tengok ka? So, apa jua rintangan mendatang tetap kita harungi sampai ke akhir hayat. Perjuangan tetap diteruskan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Kita berjuangan bukan mahu kaut kekayaan dunia tetapi mahu mencari redha Allah swt disebalik kekayaan tersebut.

    Oklah, sedar tak sedar dah masuk 7 Rejab dah hari ni. Kurang 2 bulan lagi kita bakal bertemu Ramadhan dan berpuasa. Para peniaga/usahawan sudah tentu membuat pelbagai persiapan untuk menghadapi Ramadahan kali ini. "Huh! Apa la hangpa ni sibuk dok pikiaq tambah duit. Bulan posa buat la amal ibadah, ni dak dok kalut cari duit". Itulah sebahagian daripada kata-kata sindiran yang usahawan perlu telan. Tokwan sebagai orang tua, tak mau nak ulas panjang berkenaan amal ibadah ni tapi yang pasti kita semua kena pakat-pakat faham dulu istilah "Apa itu amal ibadah". Senyum tau.

    Alhamdulillah, kita masih diberi peluang pelbagai nikmat untuk menikmati kehidupan yang sementara ini. Ada orang yang tahu bersyukur dan ada orang yang tak tahu bersyukur. Zaman kini adalah jaman edan, semua perkara mahu di viral kan. Ada segelintir masyarakat suka membuat fitnah, mengsensasikan berita-berita yang tidak elok. Suka mencaci maki. Sudah-sudahlah kawan, apakah perjalanan hidup kita hanya mahu dihiasi hasad dengki, caci maki dan pelbagai lagi perkara yang tidak baik. Dah berjangggut berbulu ni, pakat pikiaq sama-sama la no.


    Baiklah, sempena bulan Rejab tahun ini, mari kita muhasabah bersama sebelum memasuki bulan Ramadhan nanti. Kita sama-sama perbaiki akhlak. Mudah-mudahan kita disenangi oleh manusia sejagat. Insya-Allah. Perghhh.. Tokwan dah jadi motivator pulak dah. Hahaha.. Takdak pa eh, Tokwan nak mengingatkan sesama kita ja. Tokwan pun macam hangpa jugak. Kadang-kadang mulut celupaq, capoi semua ada tapi kita cepat-cepat istighfar la. Mudah-mudahan Allah swt mengampuni dosa kita.

    "Ingat! Dosa itu kesengsaran & Pahala itu ketenangan".


    Ikhlas,
    Tokwan


    Nak order kambing perap ---> KLIK SINI <---

    PROMOSI CUTI SEKOLAH BULAN MAC 2017

    "PROMO COMBO RM399.99"

    COMBO A: 10kg Kambing perap (Lamb Shoulder Slice)

    πŸŽ€FREE Ayam perap 1 ekor
    πŸŽ€FREE Sos Lada Hitam 1kg
    ----------------------------------------------

    COMBO B: 7kg Kambing Perap (Lamb Shoulder Slice) + Ayam Perap BBQ 3 ekor

    πŸŽ€FREE Sos Lada Hitam 1kg
    πŸŽ€FREE Sos Barbeku 1kg

    ** Harga yang tertera sudah termasuk GST + caj plastik.
    ---------------------------------------------

    Harga Runcit Biasa:

    πŸ‘Kambing Perap RM45/kg
    πŸ“Ayam Perap RM26/ekor

    🍯Sos Lada Hitam RM8/kg
    🍯Sos Barbeku RM10/kg

    πŸ›’ Tempah Sekarang! 🀠

    Call/Whatsapp Tokwan

    πŸ“²+6019 309 9026 (<--- Klik untuk terus ke pautan Whatsapp)

    **Harga promosi combo bermula pada 06/03/2017 hingga 24/3/2017. Caj hantar RM15 bagi sekitar jajahan Shah Alam.

    πŸ‘‰ Pembelian 10kg dan ke atas bolehlah membuat tempahan 1-2 hari sebelum majlis/event anda bermula.

    πŸ‘‰ Deposit 50% atau bayaran penuh sekiranya nilai tempahan sebanyak RM100 dan ke atas. Resit rasmi akan diberikan selepas Tokwan terima bayaran. Inshaa Allah.

    πŸ‘‰ πŸ‘¨‍πŸŒΎπŸ‘¨‍πŸŒΎπŸ‘¨‍🌾! Mai Tokwan nak habaq. Order 40 kilo@ekor kat ataih Tokwan mau bagi harga baek punya!

    🚚 Waktu Operasi
    πŸ•£9.00 pagi - πŸ• 6.30 ptg
    πŸ“†Isnin - Sabtu
    ⛱Ahad Cuti

    πŸ›’ Self Pickup/Ambil Sendiri

    Sek. Keb. Jalan Kebun,
    Lorong Haji Taib, Kg. Jalan Kebun,
    Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor.

    πŸ–₯FB: Tokmae's Grill
    πŸ’»IG: Tokmaesgrill
    πŸ“§: tokmaesgrill@gmail.com

    Lawati laman blog Tokwan

    Kambing Perap Februari

    Assalamualikum & Salam Mahabbah!

    Alhamdulillah. Bersua lagi kita malam ini. Hujan renyai-renyai menyejukkan bumi Shah Alam dan sekitarnya. Tempat hangpa hujan dak? Hujan ka panas ka kita wajib redha dan bersyukur kerana semua itu adalah nikmat dari yang maha Esa. Hurmmm.. Tokwan rasa lagi 2 bulan dah nak masuk bulan Rejab lepas tu Sya'ban lepas tu Ramadhan. Kejap je kan. :) Hehe..

    Malam ni Tokwan nak habaq sikit, sebenarnya Tokwan belum lantik mana-mana stokis atau ejen. 2 minggu lepas Tokwan baru terima aduan daripada pelanggan tetap. Beliau beritahu Tokwan ada individu menggunakan nama Tokwan untuk promosi kambing perapnya. Tokwan tidak akan bertanggungjawab akan hal ini tetapi Tokwan akan segera mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas suspek.


    Pada asasnya Tokwan tiada masalah dalam hal ini tetapi apabila nama Tokwan digunapakai untuk tujuan meraih jualan kambing perapnya maka Tokwan perlu ambil tindakan sewajarnya. Tindakan ini bertujuan bagi mengelakkan jenama produk Tokwan terpelihara terutama bab keracunan makanan dan sebagainya yang boleh menghilangkan kepercayaan terhadap produk Tokmae's. Tokwan berharap individu tersebut segera menghentikan perbuatan yang tidak beretika itu. Carilah rezeki dengan lebih berhemah. Insya-Allah berjaya.

    Tokwan dahului ucapan beribu kemaafan jika kata-kata dan tindakan Tokwan ini menyinggung perasaan sesiapa jua. Majulah bisnes untuk ekonomi ummah. Mudah-mudahan bertemu keberkatan yang hakiki. Usah merungut pada setiap rezeki yang diperolehi tetapi tunjukkan sikap yang baik terhadap apa yang Allah swt kurniakan.

    Ikhlas,
    Tokwan

    Gong Xi Fa Cai

    Assalamualaikum & Salam Cinta!

    Alhamdulillah. Huaaaaaaaa... Sebulan jugak Tokwan tak update blog ni. Apa habaq semua oghang kampong? Harap semua sihat la no. Tokwan sihat ja, cuma baru ni ja sakit sikit. Biasa la umuq dah lanjut ni mesti ada sikit sebanyak penyakit dok mai. Takpa janji hangpa sihat dok elok-elok sudah. hehe. Rasanya tak berapa hari lagi cuti ghaya cina. Amboi depa kompom balik kampong sakan cuti ni. Balik tu elok-elok la, bawak gheta toksah dok kalut sangat. Pelan-pelan kayuh tau! :) (Tak paham takpa mai belajaq loghat utara dengan Tokwan. Hehehe)

    Ishhh.. Masa cukup pantas meninggalkan kita. Sedar-sedar dah nak masuk bulan Februari. Sikit hari lagi puasa lepas tu raya lepas tu merdeka lepas tu krismas lepas tu hujung tahun lepas tu.... bla...bla... Apa yang Tokwan dok bebel ni. Sebenarnya Tokwan selalu duk perhati kitaran tahunan hidup kita ni. Semakin hari semakin bertambah umur kita dan semakin dekat kita dengan kematian. Dalam kita bersuka-ria usah dilupa perjalanan hidup ini ya.

    Tokwan nak bagitau ni, cuti raya cina ni Tokwan mula bercuti pada 24/01/17 -  07/02/17. Tokwan mula beroperasi kembali pada 08/02/17. Insya-Allah. Tokwan tau masih ramai yang nak rasa kambing perap dan ayam perap Tokwan ni. Biasa la benda sedap mesti la ramai yang suka. Sedap ke? Errrr sedap ni bersifat subjektif, so Tokwan pun tak tau nak sedap tu lagu mana. Lagu tu kot. Hahaha. Amboi melawak pun tak boleh, awat garang sangat ni. Senyum sikit. :)

    Akhir kata Tokwan mahu beri sedikit ucapan dan nasihat. Selamat Bercuti kepada seluruh rakyat Malaysia. Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung halaman pastikan pandu kereta dengan cermat supaya sampai lebih selamat. Bercuti tu tak usahlah terlalu seronok sehingga lupa batas-batas syariat Islam. Jadilah kita mukmin yang sejati, bukan sekadar dibibir tetapi terus berdesup masuk ke hati. Yeahhhh.. 


    Ikhlas,
    Tokwan
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...