Kambing Perap Februari

Assalamualikum & Salam Mahabbah!

Alhamdulillah. Bersua lagi kita malam ini. Hujan renyai-renyai menyejukkan bumi Shah Alam dan sekitarnya. Tempat hangpa hujan dak? Hujan ka panas ka kita wajib redha dan bersyukur kerana semua itu adalah nikmat dari yang maha Esa. Hurmmm.. Tokwan rasa lagi 2 bulan dah nak masuk bulan Rejab lepas tu Sya'ban lepas tu Ramadhan. Kejap je kan. :) Hehe..

Malam ni Tokwan nak habaq sikit, sebenarnya Tokwan belum lantik mana-mana stokis atau ejen. 2 minggu lepas Tokwan baru terima aduan daripada pelanggan tetap. Beliau beritahu Tokwan ada individu menggunakan nama Tokwan untuk promosi kambing perapnya. Tokwan tidak akan bertanggungjawab akan hal ini tetapi Tokwan akan segera mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas suspek.


Pada asasnya Tokwan tiada masalah dalam hal ini tetapi apabila nama Tokwan digunapakai untuk tujuan meraih jualan kambing perapnya maka Tokwan perlu ambil tindakan sewajarnya. Tindakan ini bertujuan bagi mengelakkan jenama produk Tokwan terpelihara terutama bab keracunan makanan dan sebagainya yang boleh menghilangkan kepercayaan terhadap produk Tokmae's. Tokwan berharap individu tersebut segera menghentikan perbuatan yang tidak beretika itu. Carilah rezeki dengan lebih berhemah. Insya-Allah berjaya.

Tokwan dahului ucapan beribu kemaafan jika kata-kata dan tindakan Tokwan ini menyinggung perasaan sesiapa jua. Majulah bisnes untuk ekonomi ummah. Mudah-mudahan bertemu keberkatan yang hakiki. Usah merungut pada setiap rezeki yang diperolehi tetapi tunjukkan sikap yang baik terhadap apa yang Allah swt kurniakan.

Ikhlas,
Tokwan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...