Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1438H

Salam Mahabbah!

          Alhamdulillah! Mari kita merafak sembah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana kita masih direzekikan bertemu Ramadhan pada tahun ni. Insya-Allah pada 25/06/2017 bersamaan hari Ahad minggu ini, umat Islam khususnya di tanah air tercintaku akan merayakan hari raya fitrah. Mudah-mudahan berkat Ramadhan yang kian hampir melabuhkan tirainya pada tahun ini akan memberi manfaat besar buat kita semua. Aameen Ya Rabb!

          Lebih kurang 4 hari lagi daripada posting yang Tokwan tulis ni, kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berhempas-pulas melawan hawa nafsu. Pada hakikatnya, orang Islam yang Mukmin akan gembira pada hari raya ini tetapi jauh disudut hati mereka pasti merasa sedih kerana berlalunya bulan Ramadhan yang entah jumpa lagi atau pun tidak pada tahun-tahun yang mendatang. Apa jua sekalipun, usahlah bercinta dengan Ramadhan sebaliknya bercintalah dengan sang pencipta Ramadhan. Insya-Allah jiwa akan tenang dan damai.

          Tokwan nak habaq ni, Tokwan akan mula bercuti pada hari Jumaat iaitu pada tarikh 23/06/2017 sehingga 04/07/2017 dan akan mula beroperasi kembali pada 06/07/2017. Alhamdulillah, dekat-dekat penghujung Ramadhan ni, Tokwan menerima banyak tempahan kambing perap dan ayam perap untuk majlis hari raya nanti. Sehubungan itu, Tokwan lebih mengutamakan mereka yang membuat tempahan dan membayar deposit terlebih dahulu. Ada yang sanggup datang daripada Raub, Temerloh, Melaka dan lain-lain tempat semata-mata nak self pickup kambing perap Tokwan. Allahu Rabbi!

          Tokwan juga terharu dengan semua pelanggan-pelanggan Tokwan. Alhamdulillah, majoriti pelanggan Tokwan semua baik-baik belaka. Mereka tanpa prejudis, berani membuat bayaran deposit secara bank in/online transfer kepada akaun bank rasmi Tokwan walaupun bayaran tersebut mencecah ribuan ringgit. Subhanallah! Begitulah kepercayaan antara Tokwan dan pelanggan. Tokwan rasa senang hati tanpa meragui kerana Tokwan yakin semuanya adalah aturan Allah swt. Hidup ini ada karmanya. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Simple!


          Kepada bakal pelanggan yang ingin membuat tempahan bagi sebarang majlis rumah terbuka untuk Syawal nanti. Sila whatsapp Tokwan di http://www.wasap.my/60193099026 . Sempena Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, Tokwan dengan rendah hati memohon berbanyak kemaafan sepanjang kita berurusan jual beli. Jika ada terlebih atau terkurang harap di maafkan dan dihalalkan. Insya-Allah. 


SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Ikhlas,
Tokwan Kambing

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...