Tahun 2018 bakal berakhir dan 2019 bakal menyusul

Assalamualaikum & Salam Maulidur Rasul.

Alhamdulillah, setelah lama Tokwan tidak kemaskini blog ini. Bisnes Tokwan beroperasi seperti biasa. Hangpa semua lagu mana dah? Pakat sihat belaka ka? Tokwan doakan kalian sentiasa dinaungi rahmat Allah swt. Tup..tup..tup dah nak habih tahun dah. Tokwan pun makin lama makin tua tapi tetap steady boh. Hehehe..

Azam dan cita-cita hangpa tahun ni macam mana? Semua pakat archive ka atau kelaut ja. Apa jua badai melanda, usaha mesti
 diteruskan. Usah mudah berputus asa kerana kejayaan setiap individu adalah berbeza-beza. Kita mesti saling kasih mengasihi sesama umat. Usah biarkan hidup dibelenggu dengan permusuhan kelak rugi yang mendapat.

Tokwan agak sibuk sikit tahun ni sampai nak kemaskini blog pun tak dan nak mengadap. Biasa la vvip macam Tokwan merata cerok merantau. Masih ramai pelanggan Tokwan yang baru dan lama rindukan kambing perap hasilan Tokwan. Hangpa mana tau, Tokwan la ni duk upgrade ilmu dan resepi baru supaya semua peringkat umuq boleh rasa produk Tokwan.

Tahun depan, ada resepi lagi best. Hangpa toksan duk kalut la. Ini power punya resepi. Berbulan Tokwan duk testing resepi baru. Semoga pelanggan Tokwan sentiasa ditambah nikmat rezeki. Tokwan juga doakan sesiapa yang makan setiap jenis produk Tokwan, akan diberi kesihatan yang baik. Jangan makan terlebih sudahlah.


Akhir kata, Tokwan menghormati semua pandangan pelanggan Tokwan walapun berbeza kaum. Hangpa jangan duk buat main. Pelanggan Tokwan pun terdiri daripada kaum Melayu, Cina & India. Tokwan sayang semua. I love u all. Maafkan Tokwan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ikhlas,
Tokwan Kambing

Pilihan Raya Ke-14

Assalamualaikum & Salam Hormat!

Alhamdulillah, semoga seluruh warganegara Malaysia berada dalam situasi harmoni walaupun bahang pilihanraya ke-14 semakin panas membahang. Tokwan berharap kita sebagai pengundi bertindak profesional dan tidak terlalu fanatik kepada mana-mana parti atau calon sehingga menimbulkan pergaduhan dan persengketaan sesama kita.

Kepada mereka yang balik mengundi di kampung halaman mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Melaysia. Pilihlah pemimpin yang berintegriti tinggi dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab yang dberi. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman dan makmur serta dipandang tinggi seantaro dunia.

Sehubungan itu, Tokwan ingin memaklumkan bahawa Pihak HQ akan mula bercuti pada 8 Mei 2018 hingga 10 Mei 2018 bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mereka termasuk diri Tokwan. Kami akan beroperasi kembali seperti biasa pada 11 Mei 2018.

"SELAMAT MENGUNDI"


Sekian, Terima kasih

Ikhlas,
Tokwan

Lamb vs Mutton vs Chevon vs Cabrito

TAHUKAH ANDA?

Alhamdulillah, Tokwan telah mendapat curahan ilmu berkaitan kambing secara terus daripada penternak kambing dan biri-biri. Justeru Tokwan amat berbesar hati mahu berkongsi ilmu dengan anda. Umumnya masyarakat kita telah terbiasa menggunakan perkataan kambing bagi semua jenis kambing. Sebenarnya kelompok kambing ini ada namanya tersendiri mengikut istilah yang diberikan.

Lamb bermaksud bebiri atau biri-biri muda. Mutton pula adalah bebiri atau biri-biri tua. Hampir 90% penggunaan Lamb dan Mutton di Malaysia. Daging lamb lebih lembut dan berjuicy berbanding Mutton. Kebiasaannya pengusaha "Kambing" golek atau perap selalu menggunakan Lamb dan Mutton. Daging Mutton lebih liat sedikit seumpama seperti daging "ayam pencen".

Sepanjang Tokwan berniaga, Tokwan selalu menerima tempahan perapan Mutton daripada segelintir kaum India. Mereka lebih gemar kepada daging Mutton berbanding Lamb. Kaum Melayu dan Cina pula masih suka kepada daging Lamb. Sebenarnya Lamb mempunyai kompenan lemak yang membuatkan ia menjadi sedap dan berjuicy.

Chevon tu apa pula? Chevon tu adalah kambing. Perkataan kambing inilah yang selalu digunapakai oleh majoriti masyarakat kita. Cabrito pula adalah daripada perkataan Portugal iaitu merujuk kepada baby kambing atau kambing muda. Kebanyakan orang-orang kampung khususnya di Malaysia banyak menternak kambing berbanding biri-biri. Ye ke?

Apa masalahnya jika makan Lamb atau Mutton atau Chevon atau Cabrito? Masalah adalah terletak kepada individu itu tersebut. Bila kita berilmu maka kita tidak mudah tertipu. Faham? Senyum dan tenang ya. Apa jua pun Tokwan masih lagi menjual Lamb Marinade. Baiklah, jika tokwan ada tersalah maklumat sila betulkan ya.

Ikhlas,
Tokwan
24.01.2018

Jawatan Kosong: Eksekutif Pemasaran Online

 Assalamualaikum & Salam Mahabbah!

Tokwan membuka tawaran kerja untuk mereka yang komited dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam memasarkan produk makanan secara dalam talian. Meraka yang memiliki sikap yang proaktif dan kreatif amat diperlukan serta mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pemasaran dan jualan.


Eksekutif Pemasaran Online (4 Kekosongan) 

Syarat-syarat:- 

- Memiliki SPM/Diploma/Ijazah 
- Amanah dan berdisiplin 
- Mahir menggunakan komputer/tablet 
- Berumur 20-30 tahun 
- Minat dalam bidang pemasaran makanan 
- Boleh bekerja lebih masa 
- Mahir menggunakan platform media sosial 
- Boleh menerima arahan dan cepat bertindak 
- Kreatif dan proaktif 
- Mahir Adobe Photoshop/Ai adalah satu kelebihan 
- Bijak melayani pelanggan di FB, SMS, Whatapps, Wechat, Instagram, blog dan Website 
- Keutamaan kepada mereka yang tinggal di Shah Alam, Selangor 

*Calon lepasan universiti digalakkan memohon. 

Faedah:- 

- Gaji Pokok + komisen 
- Bonus Tahunan 
- KWSP/SOCSO 
- Waktu kerja fleksibel 
- 6 hari seminggu 

Cara Memohon:- 

Sila emelkan resume lengkap kepada tokmaesgrill@gmail.com atau whatsapp ke http://www.wasap.my/60148056058


Tarikh tutup permohohan: 25.02.2018

PROMOSI SEMPENA TAHUN BARU CINA

"๐ŸฎPROMOSI SEMPENA TAHUN BARU CINA๐Ÿฎ"

 MARINATED LAMB BBQ

๐Ÿ‘Lamb Shoulder Slice (Bebiri Muda New Zealand - NZ)

✅Halal & Bersih
✅Mudah disediakan
✅Enak & Menyelerakan
✅Lembut & Berjuicy
✅Sedap Dipanggang
✅Diperap secara vakum

" Marvelous! Smell & Feel "

๐ŸŽ€ ±1kg : RM55
๐ŸŽ€ ±5kg : RM250
๐ŸŽ€ ±10kg : RM480 (Free 1L Blackpaper sauce)

๐Ÿ‘๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ๐Ÿ

*Anggaran 1kg: 8 -12 slice bergantung kepada saiz. Anggaran saiz kepingan 11cm x 9cm.
〰〰〰〰〰〰〰〰〰

๐Ÿ“ AYAM PERAP BOMBAY ๐Ÿ“

๐Ÿ”Whole Chicken: RM30/ekor (1.6-1.8kg)
๐Ÿ”Chicken Wings Drummet ±1kg: RM28 (12-14pcs)
๐Ÿ”Chicken Whole Leg 4pcs: RM25

*Tidak termasuk kaki, kepala dan hati. Ayam dipotong 12 bahagian.
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

SOS/SAUCE

♨ Blackpaper 1L : RM10
♨ Blackpaper 500ml : RM6
♨ BarbeQue 1L : RM12
♨ BarbeQue 500ml : RM7

〰〰〰〰〰〰〰〰
๐Ÿšš Waktu Operasi ๐Ÿ—ƒ
๐Ÿ•˜9.00 pagi - ๐Ÿ•–7.00 ptg
๐Ÿ“†Isnin - Sabtu
⛱Ahad Cuti

๐Ÿ›’ Self Pickup/Ambil Sendiri

Sek. Keb. Jalan Kebun, Lorong Haji Taib, Kg. Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor. (Map Location akan diberi)

๐Ÿ“ฒ+6014 805 6058

http://www.wasap.my/60148056058
http://www.wasap.my/60148056058
http://www.wasap.my/60148056058

๐Ÿ–ฅFB: Tokmae's Grill
๐Ÿ’ปIG: Tokmaesgrill
๐Ÿ“ง: tokmaesgrill@gmail.com

My Blog:-
http://pembekalkambingperap.blogspot.my

Dibuat & Diedarkan Oleh:
Tokmaes Food Marketing (SA0417163-U)

Selamat Datang Tahun 2018

Assalamualaikum & Salam Sayyidul Ayyam!

Alhamdulillah, syukur kita sebanyak-banyaknya ke hadrah Allah swt kerana masih memberi izin untuk kita hidup di atas muka bumi ini yang penuh dengan pelbagai nikmat. Setiap yang bernyawa pasti mati. Daripada Allah kita datang kepadaNya juga kita kembali. Semoga lembaran tahun ini kita berjaya meningkatkan nilai ketaqwaan kita kepada Allah swt. Mudah-mudahan hidup dirahmati dan diberkati olehNya. Aameen Ya Rabb!

Haa dah macam khutbah Jumaat pulak muqaddimah Tokwan. Haha! Bukan apa, sebenarnya Tokwan hanya saling ingat mengingati sesama kita. So apa azam baru hangpa semua? Apa jua azam kita saban tahun, perkara yang perlu diutamakan adalah persediaan kita menghadapi MATI. Persoalannya bagaimana mahu bersedia untuk mati? Haaaa hal ni Tokwan tak boleh nak bagitahu kerana ia melibatkan hidayah daripada Allah swt. Mohonlah pimpinan yang benar daripadaNya agar hidup kita sentiasa terselamat.

Akhir kata daripada Tokwan, semoga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya kita menjadi lebih baik. Salah dan silap itu perkara biasa tapi jadi luar biasa apabila kita merendah diri memohon ampun dan taubat kepada Allah swt. Jika ada salah sesama manusia maka mohonlah maaf dengan seikhlas hati agar hidup menjadi tenang. Maafkan segala salah silap dan kekurangan Tokwan selama menjadi pelanggan Tokwan.

Ikhlas,
Tokwan
05.01.18 (Jumaat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...