Lamb vs Mutton vs Chevon vs Cabrito

TAHUKAH ANDA?

Alhamdulillah, Tokwan telah mendapat curahan ilmu berkaitan kambing secara terus daripada penternak kambing dan biri-biri. Justeru Tokwan amat berbesar hati mahu berkongsi ilmu dengan anda. Umumnya masyarakat kita telah terbiasa menggunakan perkataan kambing bagi semua jenis kambing. Sebenarnya kelompok kambing ini ada namanya tersendiri mengikut istilah yang diberikan.

Lamb bermaksud bebiri atau biri-biri muda. Mutton pula adalah bebiri atau biri-biri tua. Hampir 90% penggunaan Lamb dan Mutton di Malaysia. Daging lamb lebih lembut dan berjuicy berbanding Mutton. Kebiasaannya pengusaha "Kambing" golek atau perap selalu menggunakan Lamb dan Mutton. Daging Mutton lebih liat sedikit seumpama seperti daging "ayam pencen".

Sepanjang Tokwan berniaga, Tokwan selalu menerima tempahan perapan Mutton daripada segelintir kaum India. Mereka lebih gemar kepada daging Mutton berbanding Lamb. Kaum Melayu dan Cina pula masih suka kepada daging Lamb. Sebenarnya Lamb mempunyai kompenan lemak yang membuatkan ia menjadi sedap dan berjuicy.

Chevon tu apa pula? Chevon tu adalah kambing. Perkataan kambing inilah yang selalu digunapakai oleh majoriti masyarakat kita. Cabrito pula adalah daripada perkataan Portugal iaitu merujuk kepada baby kambing atau kambing muda. Kebanyakan orang-orang kampung khususnya di Malaysia banyak menternak kambing berbanding biri-biri. Ye ke?

Apa masalahnya jika makan Lamb atau Mutton atau Chevon atau Cabrito? Masalah adalah terletak kepada individu itu tersebut. Bila kita berilmu maka kita tidak mudah tertipu. Faham? Senyum dan tenang ya. Apa jua pun Tokwan masih lagi menjual Lamb Marinade. Baiklah, jika tokwan ada tersalah maklumat sila betulkan ya.

Ikhlas,
Tokwan
24.01.2018

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...