Selamat Datang Tahun 2018

Assalamualaikum & Salam Sayyidul Ayyam!

Alhamdulillah, syukur kita sebanyak-banyaknya ke hadrah Allah swt kerana masih memberi izin untuk kita hidup di atas muka bumi ini yang penuh dengan pelbagai nikmat. Setiap yang bernyawa pasti mati. Daripada Allah kita datang kepadaNya juga kita kembali. Semoga lembaran tahun ini kita berjaya meningkatkan nilai ketaqwaan kita kepada Allah swt. Mudah-mudahan hidup dirahmati dan diberkati olehNya. Aameen Ya Rabb!

Haa dah macam khutbah Jumaat pulak muqaddimah Tokwan. Haha! Bukan apa, sebenarnya Tokwan hanya saling ingat mengingati sesama kita. So apa azam baru hangpa semua? Apa jua azam kita saban tahun, perkara yang perlu diutamakan adalah persediaan kita menghadapi MATI. Persoalannya bagaimana mahu bersedia untuk mati? Haaaa hal ni Tokwan tak boleh nak bagitahu kerana ia melibatkan hidayah daripada Allah swt. Mohonlah pimpinan yang benar daripadaNya agar hidup kita sentiasa terselamat.

Akhir kata daripada Tokwan, semoga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya kita menjadi lebih baik. Salah dan silap itu perkara biasa tapi jadi luar biasa apabila kita merendah diri memohon ampun dan taubat kepada Allah swt. Jika ada salah sesama manusia maka mohonlah maaf dengan seikhlas hati agar hidup menjadi tenang. Maafkan segala salah silap dan kekurangan Tokwan selama menjadi pelanggan Tokwan.

Ikhlas,
Tokwan
05.01.18 (Jumaat)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...