F.A.Q

Soalan-soalan lazim untuk panduan pembeli/prospek.

Soalan 1

S: Halal ke semua produk Tokmae's Grill
J: Ya Halal (Bahan Mentah, Pembuatan, Pembungkusan, Penyimpanan & Penghantaran). Walaupun masih kategori "Homemade" tetapi kami komited untuk bangunkan tempat proses/kilang yang lebih menepati piawaian. In Shaa Allah.

Soalan 2

S: Berapa keping daging kambing untuk 1 kilogram?
J: 8-10 keping bergantung kepada saiz kepingan daging kambing.

Soalan 3

S: Berapa lama ketahanan produk sejukbeku Tokmae's Grill?
J: Kebiasaan produk sejukbeku Tokmaes' Grill boleh menjangkau ketahanannya sehingga 1 tahun tetapi baik digunakan sebelum 3-4 bulan. Perubahan rasa akan mula ketara sedikit bagi tempoh 6 bulan dan ke atas jika ia tetap disimpan pada suhu -18 darjah selsius. Kami juga akan menaiktaraf cara pembungkusan yang lebih efektif supaya memelihara tahap ketahanan produk lebih lama.

Soalan 4

S: Berapa caj penghantaran?
J: Bergantung kepada kuantiti produk dan kawasan

Soalan 5

S: Berapa ketul ayam untuk setiap 1 kilogram?
J: Kebiasaannya bermula 8-13 ketul bergantung kepada bahagian dan saiz ayam.

Soalan 6

S: Di mana kami boleh dapatkan produk ini?
J: Untuk masa sekarang anda boleh beli secara terus dengan pihak Tokwan.

Soalan 7

S: Ada tak agen atau stokis?
J: Agen/Stokis belum direkrutkan lagi. Masih dalam pertimbangan.

Soalan 8

S: Berapa lama proses perapan ayam dan kambing?
J: Proses perapan mengambil masa 6-8 jam.

Soalan 9

S: Apakah bahan perap yang Tokwan gunakan?
J: Secara umumnya Tokwan menggunakan 7 jenis herba yang di adun menjadikan rempah ratus. Adunan ini ada sukatan tertentu yang telah Tokwan tetapkan bagi menjaga keasliannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...