TESTIMONI

Assalamualaikum,

Tokwan nak kongsi sebahagian testimoni yang telah membeli secara ulangan kambing perap Tokwan ni. Sebenarnya Tokwan seronok bila makanan yang Tokwan buat orang beli dan beli lagi. Tokwan masih ingat lagi orang lama selalu pesan, meniaga makanan ni kena buat elok-elok serupa macam mana kita nak makan juga. Untung sedikit tak apa asalkan orang suka apa yang kita buat.

Tokwan nak update lagi testimoni sebab hari ni Tokwan rajin sikit. Hehehe.. Hari ni hari Rabu 13 September 2017. Haaa tudiaaa. Testimoni yang Tokwan duk tempek semua ni adalah datang daripada pelanggan Tokwan sendiri tanpa disuruh atau dibayar. Ada Banyak lagi testimoni. Hat mana sempat ja Tokwan print screen. Jom tengok. 

Cust Faizal ni antara orang yang selalu repeat order. Depa ni ada group suka pi mancing ikan. Lebih 6 kali dah depa duk order dengan Tokwan. Banyak pulak tu sekali order. Alhamdulillah.



Haaa ini customer Tokwan berbangsa India, nama dia Pn. Thamarai. Orangnya baik hati. Dia dapat tau melalui laman blog ni la. Teruih order.


Customer Tokwan yang sorang ni Cust Johari adalah seorang kaum cina muallaf. Beliau adalah owner sebuah kilang yang berpangkalan di Kota Kemuning. Tanpa soal banyak teruih order dan buat bayaran full payment.


Cust Jamaliah, customer ni pun baik hati. Buat bayaran terlebih melalui mesin ATM, tapi bila Tokwan nak pulangkan kembali baki dia tak nak. Duit lebihan ini Tokwan masukkan dalam tabung masjid sebab bukan hak milik Tokwan.


Cust Suliza, Hahaha... Banyak kali nak order tapi selalu ada halangan. Alhamdulillah, 11.09.2017 baru ni baru dapat merasa kesedapan kambing perap Tokwan. Seronok tak terkata. Terima kasih Puan Suliza, daripada Sri Muda, Shah Alam.


========================================================

En. Radzi (Seksyen 7, Shah Alam). Beliau dapat maklumat daripada blog Tokwan.




En. Radzi mesej Tokwan semula sebab nak tambah kambing jadi 8kg. Dia buat makan2 bersama keluarga.


Ada banyak lagi... Setakat ni aje Tokwan nak berkongsi sebab masa dah cemburui Tokwan. Tokwan ada kerja nak perap kambing hari ni. Ada rezeki Tokwan kongsi lagi ya. Meh tempah.. alaa whatsappn Tokwan di talian http://www.wasap.my/60193099026

Tokwan nak update testimoni malam ni 12/09/15 11.24 pm. Ini testimoni petang tadi. Alhamdulillah.
En. Mazlan (Bdr Sri Damansara, KL). Beliau hubungi Tokwan minta harga.


Alhamdulillah. Beliau buat tempahan awal. Majlis beliau pada 23/12/15 tapi dah bayar "Full Payment". Subhanallah. Tokwan senang hati sebab pelanggan gembira berurusan dengan Tokwan.


Sebenarnya Tokwan semakin terharu kerana mendapat sambutan luar biasa. Ini pencapaian terbaik bagi Tokwan sendiri. Alhamdulillah. Pesanan orang lama masih segar di ingatan Tokwan. Seronok sebab orang suka resepi/masakan kita. Subhanallah.

====================================

Testimoni (Kemaskini)


















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...